16 January 2012

Hasan Ali patut bertanding di Shah Alam...

Kisah Hasan Ali dipecat dari Pas cukup menarik perhatian. Sebabnya Pas kini dah ikut trend parti sekutunya PKR. Mana-mana pemimpin yang tegur kepimpinan parti dipecat... Silap sikit pecat... silap sikit pecat! Tapi bagus juga bila Pas pecat Hasan ni. Sebab aku tahu pengaruh Hasan Ali kat Selangor cukup kuat.

Lalu bila dia dipecat dari Pas, ramai juga penyokong Pas terutama yang menyokong Hasan Ali yang naik angin dengan pucuk pimpinan mereka. Tapi macam biasalah orang Pas. Mereka tak akan tunjuk kemarahan mereka macam dibuat dek orang UMNO atau PKR. Mereka duk diam-diam tapi dalam diam ada bara yang duk membakar.

Dan bila Hasan Ali dipecat sebab memperjuangkan agama Islam, bangsa Melayu dan mempertahankan Raja-raja Melayu maka ramai juga yang mahukan Hasan Ali masuk Perkasa kalau tak UMNO pun sebab setahu mereka hanya UMNO dan Perkasa jeh yang senada dengan perjuangan Hasan Ali. Bezanya UMNO parti politik, Perkasa pula NGO.

Dalam duk aku tengok-tengok pengaruh Hasan Ali ni, aku ingat elok juga Hasan bertanding di Perliman Shah Alam pada PRU-13 nanti atas tiket Bebas. Biar Hasan berdepan dengan Khalid Samad. Dan aku percaya kalau Hasan Ali bertanding di Shah Alam, kemenangan berada dalam tangan Hasan. Tak percaya tengoklah.

Ayuh kita kempen agar Hasan bertanding di Shah Alam nanti. Aku percaya orang Shah Alam lebih mahukan Hasan Ali berbanding Khalid Samad sebabnya Khalid tak ada apa-apa tanpa sokongan orang bukan Melayu.

Ada berani ke Hasan?



Psssttt... Calon UMNO kat Shah Alam siapa ek? Orang luar lagikah?

Share this

0 Comment to "Hasan Ali patut bertanding di Shah Alam..."

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.