27 January 2012

PRU-13 hanya selepas April?

PRU-13 hanya akan diadakan selepas pertabalan Yang Dipertuan Agong yang baru?
Cakap-cakap orang PRU-13 akan dilangsungkan bulan depan. Cakap-cakap ini cukup kuat memandangkan menjelang bulan depan Najib dan Muhyiddin sudah selesai menjelajah ke seluruh negara dan mengadakan walk-about di negeri-negeri panas.

Tup tup khabar terbaru yang aku dapat tahun PRU-13 tidak mungkin akan dijalankan bulan depan atau Mac melainkan selepas April. Aik? Kenapa pula?

Menurut sumber yang aku terima, ini kerana Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim belum ditabalkan dan pertabalannya hanya akan diadakan April. Bagi mengelak sebarang masalah terutama permainan kotor pembangkang, maka Najib telah dinasihatkan agar membubarkan Parlimen selepas pertabalan Agong.

Sumber aku berkata, walaupun Tuanku Abdul Halim sudah dilantik secara rasmi sebagai Agong tetapi belum ditabalkan dan khabarnya bagi mengelak pihak pembangkang menggunakan "ketidakpertabalan" Agong ini untuk mempersoalkan penubuhan kerajaan Pusat apabila BN memenangi PRU-13 nanti.

Biasalah... pembangkang dikepalai penipu besar macam Anwar tu memang akan cari setiap kelemahan untuk membolehkan mereka ke Putrajaya. Nak dapatkan sokongan majoriti pengundi dah tak dapat, maka mereka akan guna isu teknikal.

Hemm... ada logiknya jugak!

Share this

0 Comment to "PRU-13 hanya selepas April?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.