04 February 2012

Alhamdulillah... Kak Jat dah berubah

Penampilan Kak Jat sejurus pulang dari mengerjakan umrah semalam (gambar kiri) dan Kak Jat ketika PAU baru lalu.
Alhamdulillah... Kak Jat (Shahrizat) sejak balik dari umrah dah berubah. Dulu berselendang dengan menampakkan separuh rambutnya tetapi selepas pulang dari mengerjakan umrah, beliau kini tidak lagi berselendang tetapi bertudung.

Walaupun Kak Jat masih kelihatan kekok bertudung dan pemakaian tudungnya masih tidak sempurna 100 peratus (kerana masih kelihatan rambut) namun sekurang-kurangnya beliau sudah berubah. Mungkin berkat doa Tok Guru.

Tapi aku yakin orang Pas tidak akan senang hati dengan penampilan terbaru Kak Jat. Ada sajalah yang mereka nak kondem, hentam, kutuk, maki hamun siap dengan nas-nas dari al-Quran dan Hadis. Tapi sekurang-kurangnya dia berubah dan pijak kaki ke Tanah Suci.

Hemmm..

P/S:
1) Nak tunggu apa kata Mat Sabun pasal penampilan terbaru Kak Jat
2) Nak tunggu bila Anwar Ibrahim nak mengerjakan umrah

Share this

0 Comment to "Alhamdulillah... Kak Jat dah berubah"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.