21 February 2012

Anwar ajak Tun M berdebat? Amboi....

Aku senyum sengeh bila baca laporan yang Anwar Ibrahim nak ajak Tun Dr. Mahathir Mohamad berdebat. Isu apa yang nak didebatkan si Anwar sampai nak ajak Tun berdebat tak tahulah aku. Tapi aku tahu itu semua satu lagi usaha nak alihkan perhatian rakyat terhadap isu sokongan Anwar terhadap Israel. So, nak cari modal simple, ajaklah orang tua yang dah pencen tu berdebat.

Tapi Anwar lupa kalau Tun itulah yang mengutip Anwar dari seorang tukang jual ubat tepi jalan kepada seorang pemimpin "agung" yang hampir-hampir menggantikan dirinya sebagai seorang PM. Tapi mujur Allah nak menyelamatkan Malaysia, maka segala perancangan tidak menjadi. Dan Anwar juga lupa kalau sebahagian besar rahsia beliau sekeluarga berada dalam genggaman Tun. Cuma aku tahu Tun tak akan main kotor dengan menggunakan serangan peribadi kalau nak menang debat.

Mungkin Anwar juga lupa kalau segala dokumen kegiatan tidak bermoral beliau pernah Tun baca dan belek satu persatu, malah rahsia rumahtangga Anwar dan Wan Azizah juga masih dalam simpanan Tun dan Siti Hasmah. Keh... keh... keh... Macam mana orang seperti Anwar mahu berdebat dengan Tun yang mengetahui segala pasalnya kalau tak dari A ke Z, kurang-kurang sampai ke X atau Y.

So pesan aku, Anwar tak usahlah nak bangkit cerita pasal debat-debat ni lebih-lebih lagi dengan cakap besarnya nak berdebat dengan orang tua pencen tu. Bukankah lebih baik Anwar beri je penjelasan terbuka pasal kenyataan sokongannya terhadap Israel seperti ditulis secara jelas dan terang dalam WSJ -- seperti diminta Nik Aziz.

Tak usah berdolak dalih atau cuba nak alih perhatian dengan cerita pasal debat plak. Buang karen jeh!


Share this

0 Comment to "Anwar ajak Tun M berdebat? Amboi...."

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.