16 February 2012

Yang pelik-pelik: Mana media pro-pembangkang?

Anwar Ibrahim ketika hadir di Kuil Sri Maha Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak untuk merasmikan sambutan perayaan Ponggal pada 29 Januari lepas. - Foto RBF Onlife
Pelik! Kenapa berita kehadiran Anwar Ibrahim merasmikan pesta Ponggal di Perak pada 29 Januari lepas tidak disiarkan oleh mana-mana media pro-pembangkang, baik Malaysia Kuno, Malaysian Outsiders atau Haramkah Daily sedangkan semua tahu Anwar adalah pemimpin "gila glamor" selain gila-gila lain.

Ikutkan laporan rakan blog RBF (baca di sini) dan sumber maklumatnya, program anjuran pembangkang itu adalah peringkat negeri tetapi bagaimana ia tidak dilaporkan, apatah lagi menyiarkan gambar Anwar yang dicalit dengan "nalek" di dahi. Apakah media propembangkang diarah untuk menyembunyi laporan ini?

Kalau begitulah rupanya, nampak jelas media prokerajaan khususnya Utusan nyata lebih telus apabila menyiarkan gambar dan laporan kehadiran DS Najib dan isteri di Batu Caves ketika perayaan Thaipusam tempoh hari berbanding media propembangkang.

Pelikkan?

Tapi dari situ kita boleh menilai bahawa media-media alternatif yang kononnya lebih telus, bebas dan berani ini sebenarnya tidaklah telus, tidak bebas dan penakut terutama untuk melaporkan hal-hal yang boleh menjejaskan nama baik Anwar dan parti pembangkang.

Tahniah RBF atas pendedahan ini. Sudah pasti bloggers pro-Pas terkujat beruk sebab sebelum ini mereka duk hentam Najib dan isteri yang hadir di kaki bukit Batu Caves konon "menggadaikan Islam" tetapi bakal PM yang mereka nak tabalkan nyata lebih teruk apabila sanggup dahinya dicalik nalek.

Inilah kelebihan Anwar... Masuk masjid dia boleh jadi imam, masuk gereja dia boleh jadi paderi, masuk tokong atau kuil dia boleh jadi sami. Aku ingat Ayah Pin pun boleh kalah! Ahahaha... Anwar ... Anwar...!!

Tudia aih... Pemimpin anugerah Tuhan diarak bagai. Dah macam Ayah Pin dah!

Psssttt... Nanti ada blogger propembangkang kata itu super-imposed atau ada ulamak Pas keluar fatwa baru. Tunggu jelah....!

Share this

0 Comment to "Yang pelik-pelik: Mana media pro-pembangkang?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.