27 February 2012

Betul ke ostat Badrul Amin berbohong?

Badrul Amin ditemani isteri pertama ketika hadir di pejabat JAIP. Belasahan 20 lelaki rupanya tak jejas sedikit pun kulit muka ostat PKR ni... Hebat!
Seorang rakan di Kuantan memaklumkan aku bahawa ostat Badrul Amin cuba memfitnah UMNO apabila mengaitkan beliau ditangkap basah dengan isteri orang sebagai rancangan UMNO untuk jatuhkan beliau. Rakan aku itu memaklumkan banyak saksi terutama pekerja hotel boleh tampil untuk menafikan segala cerita bohong Badrul Amin.

Menurut rakan aku itu, dia dimaklumkan bahawa wanita tersebut sudah check-in hotel berkenaan tiga hari sebelum kejadian dan suaminya sudah puas memujuk rayu agar pulang tetapi tidak diendahkan. Para pekerja hotel berkenaan mengakui tidak wujud 20 lelaki yang datang menyerbu bilik Badrul dan memukul beliau sebaliknya hanya suami wanita tersebut yang menamparnya.

Satu lagi rakan aku itu persoal, sejak bila Badrul Amin jadi kadi yang membantu menyelesaikan masalah rumahtangga orang sedangkan beliau duduk di Selangor manakala perempuan itu di Rompin. Bertemunya di Kuantan. Pelik sungguh rasa sebab kalau benar nak mengadu masalah rumah tangga kenapa datang pukul 2 pagi ke bilik penginapan seorang lelaki bukan muhrim? Lepas tu kenapa seorang ustaz yang juga anak murid "Imam Mahdi" boleh benarkan wanita bukan muhrim datang berjumpa beliau pukul 2 pagi? Nak cari nahas ke nak cari pasal?

Hemmm... Lama aku duk fikir akan kata-kata rakan aku tu. Aku sendiri tak berani nak komenlah sebab aku sendiri tak tengok apa yang berlaku. Elok rasanya kita tunggu perbicaraan kes ini di mahkamah nanti. Sudah pasti si suami wanita tersebut, pegawai JAIP dan juga Badrul serta wanita berkenaan akan tampil memberikan keterangan. Kat mahkamah tak boleh bohong beb nanti kena dakwaan hina mahkamah pulak. Tapi kalau mahkamah dunia dia nak bohong juga dan boleh terlepas tak apalah. Tunggulah mahkamah akhirat nanti.

Tapi aku cukup respek dengan blogger upahan puak-puak ini. Bila Badrul kena tangkap khalwat, mereka siap bagi definisi khalwat, dalil dan nas lagi untuk menunjukkan orangnya itu tidak bersalah dan yang salah pencegah maksiat tu. Tapi bila kena batang hidung orang UMNO, baru dengar khabar angin mereka dan siap buar siri ceramah seluruh negara.

Hebat putar alam mereka...

Share this

2 Responses to "Betul ke ostat Badrul Amin berbohong?"

  1. Dunia yg begitu kompius..

    ReplyDelete
  2. Dunia tak kompius... Yang kompius ostat2 dlm PKR dan Pas yang bikin kepala kompius sebab semuanya nak dipolitikkan termasuk pasal halal haram...!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.