28 February 2012

Dibelasah 20 lelaki.... Badrul Amin dicabar buat laporan polis

Ostat Badrul Amin kata dia bukan kena tangkap basah tetapi kena belasah! 20 orang lelaki yang dibawa si suami perempuan tersebut telah belasah dia sebelum pencegah maksiat JAIP datang ke biliknya. Jadi itu tidak boleh dikatakan berkhalwat. Hehe... Pandai orang Pas buat definisi tangkap khalwat.

Ada saksi mata kat hotel berkenaan kata tidak ada pun 20 lelaki datang serbu biliknya dan belasah dia pukul 2 pagi tu. Yang datang cuma si suami wanita tersebut yang bagi penampar sebab bawa bini orang masuk bilik hotel tengah malam buta. Kalau yang datang ramai itu ialah pegawai JAIP. Maklum nak serbu orang buat maksiat kenalah ada 4 orang dewasa sebagai saksi. Kalau tidak nanti tangkapan tak sah.

Polis Kuantan bagi tahu sampai hari ini (selepas 4 hari kejadian), mereka tak terima sebarang laporan oleh Badrul Amin pasal dia dibelasah 20 lelaki, atau sekurang-kurang kena penampar dik si laki perempuan tu. Hemm... Agaknya ilmu ni tok gurunya si-Imam Mahdi PKR tak sempat nak ajar kut. Kalau kata kena belasah apa lagi seramai 20 lelaki, kenalah buat report polis, barulah betul. Kalau tak ada report tak adalah tu. Yang ini ostat Badrul tak ikut Anwar.

Tapi kalau nak buat laporan polis, ostat Badrul kenalah jumpa doktor dulu. Dapatkan pengesahan kecederaan yang dia alami akibat dipukul. Ada ke laporan perubatan dibuat?

So, aku kat sini nak cabarlah si ostat khalwat ni buat laporan polis, kalau betul dia kena belasah dik 20 lelaki masa serbuan kat Swiss Garden Balok tu. Kalau tak ada laporan maknanya ostat ni pembohong. Kalau tak Badrul Amin sendiri, elok juga si Milo Suam tu buat report polis. Maklum katanya masa kejadian dia ada di tempat tu.

Ada berani ke?


Nota: Dialog pada gambar di atas adalah rekaan semata-mata...

Share this

1 Response to "Dibelasah 20 lelaki.... Badrul Amin dicabar buat laporan polis"

  1. betul gak..naper dia xbuat laporan polis jer..

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.