10 February 2012

Fabio Capello latih team Liga Malaysia? Biar bonar?

Amacam Capello? Ada berani datang Malaysia ke?
Wah... Lepas tinggalkan skuad kebangsaan England, Fabio Capello beritahu dia tidak berhasrat untuk kembali ke Itali bagi mengurus mana-mana kelab di negara kelahirannya. Sebaliknya Capello yang meletakkan jawatan serta-merta itu berhasrat mahu berehat.

 “In Italy, no. Absolutely not. Now I want to relax,” he added

Itu kata Capello ketika ditemu bual oleh stesen TV Itali sejurus dia meninggalkan kota London.

Tapi aku dapat tahu sebetulnya Capello dah dapat tawaran dari salah satu team dalam Liga Malaysia. Team yang mana satu aku tak pasti. Kelantan? Selangor? T-Team? Johor FC? ATM? PDRM? atau mungkin jugak Johor MBJB?

Apakah itu menjadi kemungkinan? Siapa tahu memandangkan Capello kita sudah bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pasukan. Jadi inilah peluang team dari Liga Malaysia boleh memburu Capello. Atau mungkin juga FAM boleh "angkat" Capello untuk ganti Rajagobal atau Kim Swee.

Hemmm.....

P/S: Sekadar pandangan nakal!

Share this

0 Comment to "Fabio Capello latih team Liga Malaysia? Biar bonar?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.