03 February 2012

Kalau Hadi Awang keluar Pas dan sertai JATI?

Apa gamaknya orang Pas akan kata kalau Hadi Awang keluar Pas dan menyertai NGO diasaskan Hasan Ali - JATI? Apakah pemimpin Pas lain akan tuduh Hadi juga seperti Hasan sebagai jurucakap UMNO, tali barut UMNO, ulama bisnes dan macam-macam gelaran lain?

Hadi sudah menyuarakan hasrat untuk lepaskan jawatan Presiden Pas dan tidak mahu lagi dicalonkan pada PRU-13. Walaupun beliau memberikan alasan sudah terlalu tua tetapi ramai yang melihat keputusan Hadi ada kaitan dengan kekecewaan beliau terhadap barisan pimpinan Pas sekarang serta hala tuju Pas masa kini yang semakin tidak tentu hala.

Kita semua tahu Hadi sangat lantang untuk menubuhkan negara Islam, menegakkan hukum hudud dan mengkafirkan UMNO semata-mata UMNO bersama-sama pemimpin bukan Islam (MCA, MIC dan Gerakan) dalam BN. Tetapi hari ini Pas juga sudah tidak ubah seperti UMNO. Malah lebih teruk dari itu.

Pas hari ini bukan sahaja tidur sebantal dengan kafir DAP dan pemimpin tidak bermoral macam Anwar, malah lebih parah Pas kini menjadi tukang cuci tahi yang diberak oleh Anwar dan menjadi pak turut pula kepada kafir DAP. Pas terpaksa menggadaikan maruah dan perjuangan yang dipertahankan sekian lama semata-mata laparkan Putrajaya.

Walhal sebelum 2008, Pas tidak pernah berniat untuk mengambil alih pentadbiran pusat (melalui jumlah calon yang diletakkan dalam setiap kali pilihan raya umum) melainkan untuk menguasai beberapa negeri terutama Kelantan dan Terengganu. Tetapi sejak berkawan dengan DAP dan Anwar, Pas mula memasang angan-angan lebih besar - menguasai Putrajaya bersama-sama DAP dan PKR walau dengan apa cara sekali pun.

Dan pemilihan pemimpin-pemimpin seperti Mat Sabu, Mahfuz dan Husam Musa dalam barisan kepimpinan Pas telah mengotorkan perjuangan Pas. Seperti kata Hasan Ali, Pas kini dikuasai oleh parasit-parasit yang boleh merobohkan parti itu sendiri dari dalam. Parasit-parasit yang dimomokkan oleh Anwar untuk menjadi barisan menterinya jika pembangkang menubuhkan kerajaan Pusat.

Keadaan itu tidak banyak yang boleh Hadi lakukan untuk menyelamatkan Pas melainkan berundur dari mengetuai PARTI ADAT dan SUKAN itu. Dan keenganan beliau bertanding pada PRU-13 nanti juga disebabkan kekecewaan beliau terhadap barisan pimpinan Pas, baik di pusat mahupun di negeri-negeri.

DAP kini sudah menguasai Pas dan Anwar pula berjaya meresap pengaruhnya menerusia barisan pimpinan Anwarisna di dalam Pas -- strategi sama dilakukan Anwar ketika beliau dalam UMNO dahulu iaitu meletakkan barisan pimpinan parasit belaannya yang kemudian mula merosakkan UMNO dari dalam.

Kepada Hadi... Ambillah langkah berani seperti Hasan Ali, Harun Din, Ustaz Nasa dan ramai lagi pemimpin-pemimpin yang sayangkan Islam, Melayu dan raja-raja Melayu iaitu dengan MELEPASKAN jawatan sebagai Presiden. Beri peluang Mat Sabu memimpin Pas, kelak kita akan tahu ke mana hala tuju yang mahu dibawa selepas ini.

Apakah mahu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud atau sekadar menjadi parti yang menjadi HAMPAS selepas madunya sudah disedut sehingga kering oleh DAP dan Anwar Ibrahim.

Tepuk dada tanya iman!

Share this

1 Response to "Kalau Hadi Awang keluar Pas dan sertai JATI?"

  1. KALAU AKU TIDAK DAPAT DISENARAIKAN SEBAGAI ORANG YANG CUBA BERBUAT BAIK JANGANLAH AKU DISENARAIKAN SEBAGAI ORANG YANG MERESTUKAN KEJAHATAN. MASHAALLAH.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.