27 February 2012

Lagi akhbar The Star hina Islam.... (Updated)

UPDATED:
KDN panggil  Pengarang Urusan, Ketua Pengarang Berita dan Pengarang Kanan The Star berhubung penyiaran gambar tatoo kalimah Allah pada tubuh penyanti Erykah Badu. Baca selanjutnya di sini!

Apa motif The Star siarkan gambar Erykah Badu bertatoo kalimah Allah pada badan? Mahu hina Islam lagikah?
Dulu heboh pasal surat khabar The Star paparkan makanan tidak halal sebagai gambar untuk sajian berbuka puasa di bulan Ramadan. Hari ini akhbar itu buat hal lagi. Kali ini mereka menyiarkan gambar seorang penyanyi kafir Barat, Erykah Badu yang tertera kalimah Allah pada badannya.

Erykah khabarnya akan buat konsert di Malaysia dan ceritanya disiarkan dalam surat khabar ini hari ini . Tapi yang menjadi persoalan ada beribu gambar Erykah kenapa The Star memilih gambar yang tertera kalimah Allah pada badan penyanyi itu?

Aku dapati kalimah Allah itu bukanlah tatoo kekal pada badan Erykah tetapi hanya contengan dakwat yang aku rasa dibuat atas tujuan tertentu oleh penyanyi tersebut. Kalimah Allah ini ditulis di badan Esykah bersama-sama abjad Arab.

Apa motif The Star menyiarkan gambar tersebut? Apakah ia satu lagi agenda tersembunyi akhbar milik MCA itu untuk menghina Islam seperti mana mereka menyiarkan juadah babi untuk hidangan berbuka puasa Ramadan lalu?

Justeru, aku mendesak agar The Star memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam dan pada masa yang sama ketua pengarangnya meletakkan jawatan dengan serta-merta. 

Kalau kali pertama bolehlah dikatakan tidak sengaja tapi kalau dah dua kali, apakah maksudnya itu? Apakah KDN masih terus berdiam diri atau sekadar mengambil tindakan lembut?

Poster promo konsert Erykah di KL... Tiada kalimah Allah!



Baca juga: Ramadan delight babi; Akhbar The Star digantung

Share this

1 Response to "Lagi akhbar The Star hina Islam.... (Updated)"

  1. Minta PM Najib ketepikan soal politik@rakan. Bertindak tegas terhadap The Star. Adil terhadap semua umat Islam di Malaysia. Haram dan larang penyanyi ini masuk ke negara Islam ini.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.