25 February 2012

MB Johor: Salehuddin kena lawan Jui Meng dulu...

Bukti PKR mahu angkat Chua Jui Meng sebagai MB Johor....
Dah lama dah berita pasal Pas nak letak Salehuddin Ayub bertanding di Johor dengan harapan jika pembangkang menang Salehuddin akan ditabal sebagai MB Johor. Berita ni dah digembar-gembur oleh bloggers upahan Pas malahan khabarnya di Johor pun dah heboh parti itu membuat persiapan "kehadiran" Salehuddin di negeri itu.

Aku tak mahu komen banyak pasal impian besar Pas ini sebab aku tahu Pas untuk kesekian kalinya memang suka berangan-angan dan cakap besar. Apa fakta Pas duk bayang pembangkang akan memerintah Johor pun aku tak tahulah sedangkan kenyataannya Pas tak boleh bernafas pun di negeri lahirnya UMNO itu.

Tapi kalau dengan bantuan DAP, Pas bolehlah mendabik dada bahawa pembangkang konon-kononnya begitu kuat sekarang di Johor. Aku percaya ia didasarkan kepada keputusan pilihan raya 2008 di mana Johor yang dianggap kubu kuat UMNO/BN kalah di beberapa kerusi, terutama di kawasan bandar. Tapi Pas lupa yang menang itu adalah dari DAP, dan bukannya Pas.

MB Johor pilihan Pas!
Lalu bila Pas berangan-angan nak angkat Salehuddin sebagai bakal MB Johor, sudah pasti mereka akan bertembung dengan PKR yang awal-awal lagi sudah menaikkan poster dan kain rentang bahawa Chua Jui Meng adalah bakal MB Johor.

Malah suatu ketika dahulu mereka sudah war-war dengan kain rentang siap dengan wajah Sultan Johor lagi. Tapi bila sultan sudah murka mereka duk kata kain rentang itu dicetak dan digantung oleh orang UMNO. Tapi bila aku dedahkan gambar di mana mereka sedang jaja Jui Meng sebagai MB dalam satu majlis di Gelang Patah, mereka semua pakat duk diam membisu.

Jadi kepada Salehuddin.... Sebelum pasang angan-angan nak jadi MB, elok benar kalau dia ni beradu dulu dengan Chua Jui Meng sebab kedua-duanya duk pasang angan-angan tinggi nak jadi MB Johor.

Hehe... Elok sangatlah tu!


Gara-gara Pas "menang besar" di Johor pada PRU-12 membuatkan mereka pasang angan-angan nak jadi MB selepas PRU-13... Hehe
Pssst... BN macam mana pula? Siapa calon MB Johor? Ghani lagi kah?

Share this

1 Response to "MB Johor: Salehuddin kena lawan Jui Meng dulu..."

  1. Anak Johor jati berkata-Apa pun aku mahu BN terus di Johor TAPI dgn syarat MB adalah bukan lagi AGO...kalau masuk ni dah 4 terms..sudah2 lah cukup AGO..engkau ingat lah kasi chan pada orang lain...

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.