25 February 2012

Orang Asli menang Mercedes cabutan SSP

Gambar hiasan... Tak ada kena mengena dengan cerita Sapiah menang Mercedes...!
Sapiah Apeng dari Triang, Pahang boleh berbangga sebab menjadi Orang Asli pertama memenangi kereta mewah Mercedes Benz bernilai RM300,000 hasil simpanan sebanyak RM10 dalam Sijil Simpanan Premium.

Sijil itu yang diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional setiap bulan dan tahun menyediakan hadiah-hadiah lumayan kepada penyimpan tetapi inilah kali pertama ia dimenangi oleh Orang Asli.

Tapi aku tertanya-tanya juga siapa yang nak bawa Mercedes ni balik sebab Sapiah yang juga seorang penoreh getah tidak tahu memandu dan tidak mempunyai lesen memandu pun.

Hemm... Agaknya ramailah lelaki yang cuba "himpit" Sapiah selepas ini memandangkan dia masih bujang. Sapiah berusia 45 tahun.

Tahniahlah!

(Sumber berita: Bernama)

Share this

0 Comment to "Orang Asli menang Mercedes cabutan SSP"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.