24 February 2012

Kedah kalut? Awat lagu tu....???

Ramai pemimpin Pas berbulu tengok kemesraan Azizan dengan pemimpin UMNO negeri.
Apa dah jadi kat Kedah nun? Khabarnya ramai ADUN Pas enggan terima pelantikan mereka sebagai Exco Kerajaan Negeri di bawah Azizan Razak. Awat lagu tu? Kat negeri lain berebut-rebut orang nak jadi Exco, tapi kat Kedah depa duk pakat tanak jadi. Ish... Pelik aih!

Khabarnya depa tak puas hati dengan Azizan sebab dia salah seorang pemimpin Pas yang khabarnya duk bincang dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan perpaduan, sama-sama dengan Hadi Awang, Ustaz Nasa dan Hasan Ali. Betoi ka? Kalau lagu tu elok pecat sekali Hadi Awang noooo....

Cerita orang Pas Kedah tak suka dengan Azizan dah lama aku dengaq. Masa Azizan masuk IJN kasi operate jantung, khabarnya ramai yang duk berdoa supaya Azizan cepat-cepat pergi. Malahan puak-puak depa dah siap-siap dengan pengganti Azizan, kut-kut Azizan "pergi" sekurang-kurangnya dah ada pengganti Menteri Besaq Kedah.

Ish lagu tu no? Awat kalut sangat puak-puak Pas Kedah nun? Kut ya pun nak tukaq MB tunggulah time pilihan raya nanti. Tukaq kerajaan jadi MB pun bertukaq. Kasi balik kat BN perintah Kedah, MB pun dari UMNO. Tak adalah gaduh-gaduh macam sekarang. Maklum orang Pas ni serban je besar tempayan, tapi hati semua busuk. Semua kalut nak jadi MB.

Tapi aku dengaq ramai orang Pas tak suka Azizan sebab dia tegas sebagai MB. Tak macam MB Pas sorang lagi nun. Ketegasan Azizan ketara bila dia bertegas pasal budak-budak mahasiswa KUIN yang duk berdemo. Ramai yang lihat Azizan dah jadi macam "pemimpin UMNO" dah. Tang mana depa dok kata Azizan macam UMNO aku tak tahulah.

Azizan juga walaupun dia ADUN Pas dan jadi Pesuruhjaya Pas Kedah, tapi dia tak anti surat khabar UMNO. Utusan, Berita Harian dan semua surat khabar media arus perdana dilanggani oleh kerajaan Kedah. Tak ada haram-haram macam kat MB Selangor, MB Kelantan atau KM Pulau Pinang yang kunun seorang pemimpin yang telus, mulus dan mengamalkan kebebasan media.

Agaknya itu pasal Azizan tidak disenangi dik puak-puak Pas sendiri kat Kedah. Atau mungkin sebab ada parasit yang duk jolok bontot ADUN-ADUN Pas ni suruh lawan taukeh. Awat Mat Sabu nak jadi MB Kedah ke?


P/S: Silap-silap Azizan wat kejutan lantik ADUN UMNO sebagai Exco Kerajaan Negeri. Padan muko ADUN Pas... Jual mahal lagi!!

Share this

0 Comment to "Kedah kalut? Awat lagu tu....???"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.