24 February 2012

Siti Nurhaliza beli kondo RM1 juta di Melbourne?

Wow! Taukeh mekap merangkap penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza baru beli sebuah kondominium mewah di Melbourne, Australia. Kondo mewah yang dimajukan oleh pemaju tempatan itu khabarnya dijual pada harga minimum RM1 juta. Itu pun harga spesial untuk rakyat Malaysia. Kalau orang Australia nak beli harganya sampai AUS$340,000.

Hemm... Bertuahlah Datuk K. Lepas ni kalau depa anak beranak nak pergi makan angin kat Australia, sekurang-kurangnya tak perlulah nak sewa bilik hotel lagi. Dah ada kondo sendiri.

Hai Siti... Dah kaya tu bantu-bantulah usahawan Melayu yang nak berniaga tu. Belilah rumah-rumah kedai yang ada kat bandar-bandar tu kemudian sewakanlah kepada usahawan kita. Tak adalah terbeban sangat nak menyewa kedai yang agak mahal apatah lagi nak belinya.

Yelah... Dah berada kat atas tu, apa salahnya sesekali tengok mereka yang kat bawah. Maklum yang kat bawah tulah selama ini duk beli album Siti dan sekarang mekap Siti sampai Siti berjaya sekarang. Tak gitu?

Jangan jadi macam orang Melayu kat syarikat GLC tu ya. Dah jadi CEO langsung lupa asal-usul. Tak ingat dah nak bantu bangsa sendiri... Cepat benar jadi kacang lupakan kulit. 

MTB: Tumpang bangga tengok orang Melayu kaya!

Share this

0 Comment to "Siti Nurhaliza beli kondo RM1 juta di Melbourne?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.