28 February 2012

Tatoo Allah: Mohon maaf The Star belum memadai... (Updated!)

TERKINI (5 PM): 
Konsert penyanyi wanita AS, Erykah Badu, yang dijadual berlangsung di ibu negara malam esok DIBATALKAN kerana melanggar garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal). - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (Sumber: Bernama)

POS ASAL:
Akhbar The Star keluarkan kenyataan memohon maaf berhubung penyiaran gambar Erykah Badu bertatoo kalimah Allah pada kedua-dua bahunya. Katanya mereka terlepas pandang berhubung gambar tersebut.

Aku tak tahulah keadaan macam mana sampai boleh gambar sebesar alam itu boleh terlepas pandang. Orang rabun pun boleh nampak kalimah "Allah" tertera pada gambar tersebut. Yang peliknya kenapa pada poster promo konsert tu walaupun guna gambar yang sama, tetapi tak ada pulak kalimah Allah tu?

Bagaimanapun aku nak tanya, apakah memadai dengan The Star meminta maaf berhubung penyiaran gambar tersebut sedangkan akhbar itu dah berapa kali siarkan hal-hal yang memperlekehkan Islam dan orang Melayu?

Bagi aku ia tidak mencukupi. Sebaliknya Ketua Pengarangnya, Datuk Seri Wong Chun Wai mesti melepaskan jawatannya dengan kadar segera sebagai rasa tanggungjawab beliau terhadap kesilapan demi kesilapan yang seolah-olah nampak disengajakan itu.

Bukan sekali, bukan dua kali tetapi sudah acap kali. Selain gambar Erykah bertatoo kalimah Allah, akhbar itu sebelum ini turut menyiarkan masakan daging babi sebagai juadah berbuka puasa dalam sisipan khas "Ramadan Delights" pada bulan puasa tahun lalu. Begitu juga beberapa rencana sebelum ini yang acap kali memperlekehkan orang Melayu dan Islam.


Share this

1 Response to "Tatoo Allah: Mohon maaf The Star belum memadai... (Updated!)"

  1. Kita tunggu lagi apa penghinaan yang akan dibuat oleh The Star.

    Lepas itu kita boleh jangkakan permohonan maaf sekadar satu kolum kecil terselit antara beberapa puluh mukasurat The Star.

    Lepas tu berulang dan berulang... selagi KDN tidak mengambil tindakan undang-undang sekadar menerima perhomonan maaf sahaja.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.