16 February 2012

Yang pelik-pelik: Rakyat tanggung kos kebajikan?

Haiya... Mau cat itu lumah kena bayar ka? Negeli Selangor manyak jaga kebajikan lakyat la.. Wa sokong sama lu!

Lagi-lagi pelik!

Ni ke cara negeri berkebajikan menjaga kebajikan rakyatnya? Masakan tidak! Rakyat yang mereka bantu untuk baik pulih kediaman mereka konon-konon di bawah Program Baikpulih Negeri Berkebajikan (CERIA) rupanya diminta membayar sebanyak 20 peratus daripada kos baik pulih yang dibuat oleh kerajaan negeri.

Bertuah punya Exco! Macam ni ke cara kerajaan NEGERI BERKEBAJIKAN buat kerja bantu rakyat? Tolong indahkan kediaman tapi dikenakan bayaran. Kalau tak percaya tengoklah pekeliling yang dikeluarkan oleh Exco Selangor ni di sini.

KENYATAAN AKHBAR - TARIKH AKHIR PENDUDUK MEMBAYAR SUMBANGAN 5% BAGI PROJEK CERIA ADALAH 7 MAC INI

Penduduk yang telah ditawarkan bantuan di bawah Program Baikpulih Negeri Berkebajikan (CERIA) Fasa Kedua perlu mengemukakan bahagian mereka sebelum 7 Mac 2012 akan datang.Untuk Fasa Kedua CERIA, 50 kawasan pangsapuri telah ditawarkan dan 26 kawasan telah mengemukakan bahagian mereka.

Di bawah CERIA, penduduk pangsapuri kos rendah perlu mengemukakan pendahuluan sebanyak 5% dari kos membaikpulih sebelum kerja-kerja dimulakan. Baki 15% boleh dibayar secara ansuran.


Penduduk pansgapuri kos rendah hanya perlu menanggung 20% dari kos baikpulih dan Kerajaan Negeri akan menanggung 80%.


Adalah diharapkan 24 kawasan yang belum mengemukakan bahagian mereka melakukannya secepat mungkin.


Sekiranya mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan 5% ini, maka diharap mereka dapat membincangkannya dengan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor.


Jika mereka gagal datang berbincang sebelum 7 Mac 2012, maka kawasan mereka akan ditangguh perlaksanaannya ke Fasa Ketiga.


Kawasan-kawasan yang berada di Fasa Ketiga pula akan menggantikan giliran mereka.

Kerajaan Negeri berhasrat untuk membaikpulih 100 kawasan di bawah CERIA.

Untuk Fasa Pertama, 18 kawasan telah ditawarkan dengan 10 kawasan telah siap sepenuhnya.

Iskandar bin Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan
Negeri Selangor
14 Februari 2012 
Kalau ikut kenyataan tersebut mana-mana rakyat yang nak baik pulih rumah mereka kena tanggung 20 peratus kos baik pulih dan 80 peratus lagi kerajaan negeri bayar. Kalau kosnya RM10,000 maknanya kerajaan negeri tanggung RM8,000 manakala RM2,000 lagi tuan rumah kena bayar.

Mak aih! Kalau rakyat tu orang miskin (dah sah-sahlah orang tak berduit yang duduk rumah kos rendah), mana nak cekau RM2,000 nak ceriakan rumahnya tu. Nak cari RM200 pun susah apatah lagi RM2,000 semata-mata nak cantikkan rumah.

Yang peliknya... Nama program "berkebajikan" tapi berkebajikan tengkorak apa kalau rakyat kena tanggung kosnya. Kalau betul-betul berkebajikan, kerajaan negeri tanggung semua koslah. Macam DBKL buat ceriakan flat-flat di bawah kendaliannya. Ini apahal plak nak bebankan rakyat?

Aku tak taulah program ini sama ada nak ceriakan rakyat atau nak ceriakan kontraktor yang dilantik!

Hai... pelik... pelik...!!

Share this

0 Comment to "Yang pelik-pelik: Rakyat tanggung kos kebajikan?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.