01 March 2012

Erykah Badu: The Star mula kepanasan....

The Star mula kepanasan dengan isu gambar Erykah Badu bertatu kalimah Allah apabila semalam menggantung tugas dua editor kanannya Pengarang Kanan Rencana, Lim Cheng Hoe dan Timbalan Pengarang Rencana, Daryl Goh manakala penganjur konsert Pineapple Concerts pula akan memfailkan saman ke atas akhbar berkenaan.

Penganjur bertindak sedemikian kerana mendakwa gara-gara gambar yang dipakai The Star menjadi punca kemarahan masyarakat Islam terhadap artis yang dibawanya, Eryka sehingga memaksa kerajaan membatalkan konsert berkenaan, sehari sebelum ia dilangsungkan.

Aku pada post sebelum ini ketika mendedahkan gambar Erykah bertatu kalimah Allah (antara blog terawal dedah isu ini) telah mendesak The Star memohon maaf secara terbuka dan meminta Ketua Pengarangnya, Wong Soo Wai melepaskan jawatan kerana akhbar itu sejak akhir-akhir ini acap kali mengguris hati umat Islam dan orang Melayu melalui artikel-artikel yang disiarkan. (Baca balik di sini dan di sini...)

Permohonan maaf sudah dibuat manakala pengurusan akhbar itu telah menggantung tugas dua editor yang bertanggungjawab dan melantik dua editor Melayu untuk memangku tugas-tugas tersebut. Apakah ia sudah memadai?

Bagi aku, ia masih belum mencukupi kerana isunya sekarang bukan hanya kes Erykah tetapi The Star dan KDN juga perlu merujuk beberapa kes lain sebelum ini antaranya sajian babi sebagai juadah berbuka puasa dalam sisipan "Ramadan Delights".

Justeru aku berharap Ketua Pengarang Kumpulan The Star perlu bertanggung jawab terhadap insiden-insiden berkenaan dan cara beliau menebus dosanya ialah dengan melepaskan jawatan.

Ada berani?

Share this

2 Responses to "Erykah Badu: The Star mula kepanasan...."

  1. nasib baik the star kuarkan gambar camtu, kalau dak mau nyer konsert tu diteruskan.. toi dak!

    ReplyDelete
  2. apahal pulak nak gelabah mereka telah pun brjaya melakukan penghinaan...kah...kah..

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.