08 March 2012

Hati-hati apabila tabur fitnah...!

Beberapa rakan bloggers menyiarkan surat edaran MPKB ini di dalam blog mereka sambil menyerang kerajaan Kelantan kerana mengeluarkan "fatwa dengar CD ceramah Pas masuk syurga". Lama aku menilik surat ini yang akhirnya aku dapati ia adalah PALSU.

Ternyata kenyataan "Mendengar CD ceramah PAS sahaja akan menjamin tuan masuk syurga. Pemilik pasaraya berbangsa cina juga tidak terkecuali. jika didapati ingkar dan degil dengan arahan ini tindakan tegas akan diambil tanpa sebarang notis" nyata telah ditokok tambah pada edaran asal. Tujuannya sudah pasti untuk membuat tuduhan ke atas Pas dan kerajaan Kelantan.

Kenapa aku kata ia ditokok tambah? Sebab kalau kita tengok mana ada surat rasmi yang tulis sampai berhimpit-himpit sedemikian sampai bertembung dengan ruangan untuk tanda tangan. Orang rabun pun boleh tahu ini adalah palsu. Dahlah jenis fontnya berbeza dengan asal, tulisannya pun sampai terbabas ke tepi tak selari (justify) dengan di atas.

Satu lagi tuduhan palsu ke atas pembangkang ialah mengenai billboard di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan yang didakwa menghina umat Islam apabila "kalimah Allah" pada logo negeri Selangor dihilangkan.


Penulis ini mendakwa dia melihat billboard ini pada 1 Mac dan aku terima laporan ini dua hari kemudian menerusi Facebook seorang sahabat. Sejurus mendapat laporan ini  pada hari yang sama aku bergegas ke Taman Universiti Indah dan mencari billboard berkenaan.

Ternyata ia palsu dan logo Selangor pada billboard tersebut tiada sebarang pindaan ke atas kalimah Allah tersebut. Siapa yang tabur fitnah seperti ini? Bayangkan kalau ramai orang Melayu/Islam percaya dengan tohmahan ini tanpa usul periksa sudah pasti ia boleh membawa kesan buruk kepada kita semua.

Hemmm... Aku pun penyokong kerajaan BN juga tapi tak adalah sampai nak buruk-burukkan lawan dengan cara sedemikian. Tak eloklah... Biarlah puak-puak mereka nak tabur fitnah tapi kita sebelah sini biarlah beradu dengan cara betul, jujur dan ikhlas.

Kepada rakan-rakan bloggers, apa saja maklumat yang diterima harap ditapis dahulu sebelum diterbitkan. Buatlah siasatan. Takut nanti boleh membawa kesan tak baik untuk agama, bangsa, negara, parti dan diri sendiri.

Kalau nak kencing pun kena hati-hatilah bro!

Share this

2 Responses to "Hati-hati apabila tabur fitnah...!"

  1. baguslah blog ni. i'll come more often.

    betul, dalam kita menulis, objectivity, keikhlasan, dan maklumat yang tepat dan jitu sangat penting.

    plus analisa yang jujur dan juga artikel yang bersih tanpa laras2 bahasa yang lucah.

    ReplyDelete
  2. tq bro! ajak kekawan datang skali yerk?

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.