19 March 2012

Kadir tinggalkan UMNO... Siapa menangis, siapa bersorak?

Betul ke Kadir nak jadi ahli Melayu Roket?
Kadir Sheikh Fadzir tinggalkan UMNO.... Hemm! Orang UMNO mana yang meratap pemergian beliau meninggalkan parti yang diperjuangkan selama lebih 50 tahun itu? Tiada siapa pun... Cuma yang terkinja-kinja bersorang girang ialah puak-puak sebelah sana. Apa hubungan aku pun tak tahu.

Pemergian Kadir dari UMNO hari ini tidak membawa kesan apa-apa kepada parti baik di peringkat bahagian apalagi Pusat. Sebabnya nama Kadir dalam UMNO dah lama tinggal sejarah walaupun beliau masih sebagai ahli aktif dan menjadi Bendahari UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baru. Sebabnya zaman beliau sebagai AMT UMNO dan menteri Kabinet pun dah lama berlalu.

Bukan beliau seorang yang mengalami "kemuraman" dalam politik UMNO malahan  ramai lagi baik mereka yang seangkatan dengan beliau, mahupun generasi lebih muda. Itulah asam garam politik, ada pasang dan surut, ada siang dan malam serta ada gelap dan cerah.

Apa pun aku nak ucap selamat tinggal buat Kadir. Semoga dia memilih jalan yang betul untuk meneruskan perjuangannya....


Psssstt... DAP dah siap borang keahlian... Calon DAP di Kulim-Bandar Baru ke?

Share this

0 Comment to "Kadir tinggalkan UMNO... Siapa menangis, siapa bersorak?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.