09 March 2012

Gambar lucah... Pengarah akhbar di Tunisia didenda

Gara-gara gambar ini, pengarah akhbar Ettounsia didenda!
Pengarah akhbar Ettounsia di Tunisia didenda kerana menyiarkan gambar pemain bola sepak Jerman/Real Madrid, Sami Khedira bersama teman wanita, Lena Gercke yang dalam keadaan berbogel. Dia didenda 1,000 dinar atas kesalahan melanggar undang-undang tatasusila.

Gambar tersebut asalnya adalah cover majalah GQ yang kemudian disiarkan semula oleh akhbar berkenaan.

(Berita penuh baca di sini...)

Di Malaysia, pengarah akhbar yang siar gambar menghina Islam tidak dikenakan sebarang tindakan, melainkan amaran demi amaran serta surat tunjuk sebab. Kalau suruh buat surat tunjuk sebab apa masalah. Berjela-jela sebab boleh direka.

Selepas siarkan gambar hidangan babi untuk juadah berbuka puasa di bulan Ramadan, tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas pengarah akhbar terbabit melainkan sekadar permohonan maaf. Tidak sampai setahun, akhbar sama siarkan pula wajah penyanyi Barat dengan bertatu kalimah Allah... pun tiada sebarang tindakan dikenakan, jauh sekali nak denda.

Itulah bezanya Tunisia dan Malaysia. Agak-agak apa akan jadi kalau akhbar yang siar gambar hidangan babi untuk juadah berbuka puasa dan Erykah Badu dengan tatu kalimah Allah itu adalah terbitan di Tunisia? Hemm... sendiri jawablah bro!

Harap menteri yang jaga KDN contohi tindakan tegas kerajaan Tunisia dan bukan setakat keluarkan amaran demi amaran demi amaran.... Akhirnya hal sama berulang lagi dan lagi dan lagi.... Silap-silap lagi teruk!!

Share this

2 Responses to "Gambar lucah... Pengarah akhbar di Tunisia didenda"

  1. bukan setakar akhbar the star je, bloggerpun patut kena saman sebab siar gambar video lucah..amacam boleh?

    ReplyDelete
  2. Yup... Saman jeh. Elok pelaku dlm video tu sendiri yang saman lagi bagus!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.