08 March 2012

Penjawat awam bersorak, peniaga senyum, Mail Sabri pening!

Pengumuman oleh Perdana Menteri berhubung kenaikan gaji kakitangan awam bagi kumpulan pengurusan dan profesional sehingga 13 peratus, kenaikan elaun COLA dan beberapa lagi sudah pasti akan membuatkan jutaan penjawat awam bersorak girang.

Tak hairan hari ini semua urusan kerajaan begitu lancar sekali, tak ada lagi masalah queue panjang... Semuanya kerana pengumuman oleh PM pagi ini. Horreeeee..... Sorak mereka terutama kumpulan yang menikmati kenaikan tersebut.

Pengumuman oleh PM itu bukan sahaja membuatkan penjawat awam seluruh negara bersorak girang tetapi ia juga disambut senyum sempol oleh pemborong, pembekal dan peniaga sebab dapatlah mereka menaikkan harga barang selepas ini. Kalau gaji dah naik 13 peratus, apalah sangat kalau harga barang dinaikkan sedikit. Itulah kata mereka.

Lepas ini kalau pergi ke pasar atau kedai runcit, tiba-tiba beli barangan harian lebih mahal berbanding biasa tolong, jangan salahkan mereka tetapi salahkanlah Najib dan BN sebab beri kenaikan gaji kepada kakitangan awam.

Tapi bila Najib umum gaji naik, yang pening ialah Ismail Sabri. Sudah pasti pembekal akan mendesak beliau benarkan kenaikan harga ayam, telur, susu, beras, gula, tepung dan semua barangan kawalan lain. Dan akhirnya mahu tidak mahu akan keluar kenyataan oleh Pak Menteri.... "Kenaikan harga barang tidak dapat dielakkan...!! Dusshhh....

Yang tanggung beban ialah rakyat marhain, para petani dan nelayan, buruh kasar, pekerja kilang, kakitangan swasta dan mereka yang sekian lama kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu dapat makan petang.

Jadi kepada semua rakyat Malaysia.... bersiap sedialah dengan lonjakan harga barang!!

Share this

0 Comment to "Penjawat awam bersorak, peniaga senyum, Mail Sabri pening!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.