12 March 2012

Terkini: Chong Wei cedera di final All England!

Lee Chong Wei terpaksa menarik diri ketika beraksi menentang Lin Dan pada perlawanan akhir badminton All England tengah malam ini akibat kecederaan pada bahu kanannya. Chong Wei yang tewas set pertama 19-21 tidak mampu lagi menahan kesakitan ketika kedudukan 2-6 di set kedua.

Chong Wei yang berplaster di bahu kanan kelihatan beberapa kali mendapatkan rawatan di luar gelanggang sejak set pertama lagi. Walaupun cedera, beliau masih lagi mampu memberi saingan kepada Lin Dan di set pertama.

Kemuncak kesakitannya ialah apabila beliau membuat smash berganda pada kedudukan 1-6 bagi mengutip mata kedua yang kemudian dibayar mahal dengan menarik diri.

Apa pun aku nak ucap tahniah kepada Chong Wei yang tinggi semangatnya sebab walaupun mengalami kecederaan tetapi masih lagi berusaha untuk memberi saingan kepada seteru utamanya. Tahniah!!

Berita selanjutnya dan keputusan-keputusan lain boleh baca di sini!

Psst... Tahniah juga buat Manchester United yang membenam West Brom 2-0 di Old Trafford malam ini bagi membolehkannya menerajui puncak EPL. Terima kasih Swansea sebab tewaskan Manchester City...

Share this

0 Comment to "Terkini: Chong Wei cedera di final All England!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.