Gerakan "tawan" Putrajaya serupa AS tawan Iraq?

Gerakan puak-puak pembangkang yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim untuk menawan Putrajaya adalah serupa dengan gerakan AS yang diketuai Presidennya, George W. Bush untuk menawan dan memusnahkan Iraq iaitu dengan melancarkan propaganda berterusan.

Bush telah berjaya mempengaruhi dunia termasuk PBB dan negara-negara kuasa besar lain dengan propaganda bahawa Iraq mempunyai simpanan senjata nuklear yang berbahaya kepada dunia dan pemimpinnya, Saddam Hussin harus dihapuskan dari muka bumi.

Ekoran propaganda berterusan itu, dunia merestuai AS dan sekutunya menyerang Iraq yang membawa kepada penangkapan Saddam, sehingga dia dihukum mati. Malangnya sehingga kini tiada sebarang bukti menunjukkan bahawa Iraq mempunyai simpanan senjata berbahaya sepertimana digembar-gembur oleh AS.

Di Malaysia, rakyat setiap hari digembar-gembur dengan isu-isu rasuah yang berleluasa di kalangan pemimpin UMNO dan kerajaan BN, pilihan raya yang tidak adil, kotor dan tidak demokratik, penindasan terhadap rakyat dan macam-macam isu yang kebanyakannya menjurus kepada rakyat.

Tujuannya ialah supaya rakyat terpengaruh dengan propaganda tersebut dan mengharapkan rakyat bangkit menentang kerajaan baik menerusi kertas undi atau kalau gagal, menerusi demonstrasi jalanan seperti yang berlaku di beberapa negara Arab.

Sedangkan kenyataannya, kerajaan setiap masa berusaha membanteras kegiatan rasuah malah ramai kalangan pemimpin kerajaan sendiri sudah didakwa, begitu juga melaksanakan pilihan raya yang bersih dan demokratik termasuk mewujudkan jawatankuasa penambahbaikan pilihan raya peringkat Parlimen, di mana pembangkang turut terlibat.

Hemmm...

Baca kupasan menarik oleh Datuk Dr. Ismail Ibrahim mengenai bagaimana gerakan pembangkang nak tumbangkan kerajaan BN hampir sama dengan cara yang dilakukan oleh AS untuk menjahanamkan negara Iraq... DI SINI!


Gerakan "tawan" Putrajaya serupa AS tawan Iraq? Gerakan "tawan" Putrajaya serupa AS tawan Iraq? Reviewed by mesin taip buruk on 4/24/2012 07:37:00 PM Rating: 5
Powered by Blogger.