22 April 2012

Gila... Swing semakin trend di kalangan pasangan Melayu/Islam?

"Swing" semakin menjadi trend di kalangan pasangan elit Melayu/Islam... Masya-Allah!
Terkejut berok aku bila seorang kawan aku memaklumkan aku bahawa dia telah diajak oleh seorang pompuan berstatus isteri orang untuk  bertukar-tukar pasangan dengan suaminya. Maknanya dia sedia "main" dengan kawan aku tu dengan syarat kawan aku pun sedia kasi isterinya main dengan suami pompuan tersebut. Atau dalam bahasa omputeh "swinging".

Yang buat aku mengucap panjang bila kawan aku cerita bahawa perempuan yang offer tu seorang Melayu beragama Islam dan tinggal di Johor Bahru. Katanya kalau kawan aku sudi, dia diminta datang ke JB. Port untuk mereka sudah tersedia. Khabarnya di sebuah kondo di Skudai.

Kawan aku kata pompuan tu hanya sudi bertukar pasangan dengan pasangan suami isteri lain, tidak pasangan tidak berkahwin sama ada pasangan kekasih atau skandal. Sebab itu akan tidak adil bagi mereka.

Aku tanyalah macam mana dia kenal pompuan tu? Katanya, dia berkenalan menerusi laman sosial popular. Hemm...  aku kata tak aku percaya dengan laman sosial sebab sesiapa sahaja boleh menyamar. Tapi kawan aku tu kata dia sudah bercakap menerusi telefon dengan pompuan tersebut.

Tapi kawan aku kata dia tak sanggup untuk serahkan isterinya kepada lelaki lain walaupun dia dapat "main" dengan perempuan tu yang katanya boleh tahan juga kalau dilihat pada gambar yang dipaparkan di laman sosial tersebut. Kawan aku kata dia kata dia masih beriman kepada Allah dan Islam masih jadi pegangan hidupnya. Sebab itu dia tolak ajakan pompuan tersebut.

Tu dia iklan Swingers Club Malaysia!
Bila aku dapat tahu ada pasangan seperti ini, aku carilah kat Google mengenai kehidupan swinging kat Malaysia ni... Mah aih! Berlambak-lambak "swinger club" ada kat alam siber rupanya! Aku pasti ramai juga pasangan beragama Islam yang mengamalkan kehidupan seperti ini hanya semata-mata untuk mendapatkan kepuasan seks.

Dan menurut cerita beberapa kawan lain, amalan swinger ni dah makin jadi trend di kalangan pasangan Melayu/Islam di Malaysia. Biasanya mereka bergerak secara tersembunyi dan sukar dikesan. Sebabnya kalau dilihat secara luaran, pergaulan antara pasangan ini tiada keganjilan pun. Contoh pasangan A berkunjung dan menginap di rumah pasangan B. Siapa sangka di dalam bilik, rupanya si isteri A tidur dengan si suami B, dan sebaliknya si isteri B tidur bersama si suami A.

Khabarnya kegiatan seperti ini diamalkan di kalangan pasangan elit. Malah kebanyakan di antara mereka sudah beranak pinak tetapi kerana mahukan lebih kepuasan, maka mereka sanggup tidur dengan pasangan lain. Malahan mereka juga tidak kisah kalau pasangan yang mereka mahu bertukar itu berlainan agama atau berlainan bangsa, asalkan mereka seronok dan mendapat kepuasan. Pasangan A puas, pasangan B juga puas!

Rupanya pergaulan bebas ini bukan hanya di kalangan remaja atau orang bujang tetapi juga sudah menjalar di kalangan mereka yang sudah matang, sudah berumah tangga, malah ada yang mereka yang tunggu hari nak masuk kubur! Adoiii....

Gila... memang gila! Tapi bila ada NGO-NGO yang buat demonstrasi membantah amalan seks bebas dan LGBT, ada pula yang puak-puak tiga suku yang duk bantah dan dakwa itu semua permainan politik pihak tertentu serta anggap semua itu  perkara remeh!

Masya-Allah....!!

1 comment:

Megat Alam Gempita said...

Anwar nyot Shamsidar, Azmin nyot Icecream girl

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...