04 April 2012

Mereka cadang... mereka setuju... mereka juga bantah!

Berok-berok sarkas beraksi di Dewan Rakyat... Lapar pisang gamaknya!
Mereka juga cadang kaji proses pilihan raya kat Malaysia, dan mereka juga ada wakil dalam jawantuasa pengkaji, mereka yang kemukakan pelbagai cadangan dan mereka juga bersetuju dengan cadangan-cadangan itu. Tapi bila sampai ke Parlimen untuk diluluskan mereka pakat bantah dan buat kecoh. Yang pelik wakil-wakil mereka dalam jawatankuasa tu pun join sama... Deiii... Ini apa punya Ahli Parlimen daaa...

Ini semua saja nak carik pasal dan nak buat kecoh supaya ada modal untuk buat kempen pilihan raya. Sebelum ini Najib ikut cakap mereka. Nak demo kasi demo, nak suruh kaji kerajaan kaji tapi bila dah setuju dengan syor-syor bagi menambahbaikan proses pilihan raya, mereka pakat tentang. Ini semua tektik kotor supaya kerajaan dan SPR akan terus dipersalah jika mereka kalah pada PRU-13 nanti.

Inilah strategi yang dipelajari dari puak-puak Barat sana kalau nak tumbangkan kerajaan dengan cara kasar iaitu menghasut rakyat dengan memomokkan perkara-perkara yang sedemikian. Bila rakyat dah termakan hati, mereka akan turun berdemo di jalan-jalan raya. Buat huru-hara sana-sini dengan harapan kerajaan BN dapat ditumbangkan.

Deii... Sorrylah! Ini semua taktik kotor yang rakyat sudah benci, muak dan muallah. Kalau betul-betul nak bela nasib rakyat, berpolitik atas nama rakyat, berjuang untuk rakyat kenapa perlu ada bantahan laporan PSC yang sendiri syor, sendiri setuju tapi sendiri juga bantah?

Ini macam aaa... sampai bila pun Malaysia tak aman! Elok pergi mampos jeh puak-puak ni.... !!

Meh kita tengok syor PSC mana yang depa tak puas hati?

SYOR-SYOR PSC YANG DIPERSETUJUI BERSAMA TERMASUK OLEH WAKIL PEMBANGKANG:
  1. Memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara sama ada mengundi di Perwakilan Malaysia atau secara pos.
  2. Pengundi luar kawasan.
  3. Tarikh pembubaran Parlimen.
  4. Kerajaan sementara (caretaker government).
  5. Penguatkuasan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberikan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran.
  6. Akses media yang bebas dan saksama;
  7. Pembersihan daftar pemilih yang berterusan.
  8. Penelitian daftar pemilih bagi alamat-alamat yang mempunyai ramai pemilih berdaftar.
  9. Bantahan terhadap daftar pemilih yang telah diperakui melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya.
  10. Penggunaan alamat selain alamat mastautin pada kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan bahagian pilihan raya.
  11. Memperkasakan kedudukan SPR.
  12. Penstrukturan dan pengukuhan SPR.
  13. Memperluaskan Akademi Pilihan Raya.
  14. Pengasingan fungsi utama SPR.
  15. Pengagihan kerusi Dewan Rakyat bagi negeri Sabah dan Sarawak.
  16. Persempadanan bahagian pilihan raya yang seimbang.
  17. Peruntukan dana kepada parti politik
  18. Sistem pilihan raya baru.
SYOR_SYOR TIDAK PERSETUJUI OLEH SEBAHAGIAN JAWATANKUASA:
  1. Memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas SPR dan media.
  2. Membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih apabila mencapai umur 20 tahun.
  3. Memanjangkan tempoh berkempen.
  4. Kajian ke arah pendaftaran secara automatik.

Share this

0 Comment to "Mereka cadang... mereka setuju... mereka juga bantah!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.