17 April 2012

Kerana cakap benar... Azmin nak saman Dr Rahman?

Dr Rahman Kadir (kiri) bersama Ketua Pengarah Kesihatan dan Ketua Jabatan Trauma dan Kecemasan HKL di Balairong Seri, Istana Negara ketika istiadat pertabalan YDPA baru-baru ini. - Sumber: FB Rahman Kadir
Siapa Rahman Kadir? Ops... Dr. Rahman Kadir? Tiba-tiba namanya meletup-letup selepas mendedahkan mulut penuh tahi si Azmin Ali dan Tian Chua ketika mereka sama-sama hadiri istiadat pertabalan Agong di Balairong Seri, Istana Negara baru-baru ini.

Dr. Rahman yang panas telinga dengar Azmin dan Tian Chua duk mengutuk dan persenda sultan-sultan yang hadir diistiadat tersebut, meluahkan rasa sakit hatinya dalam Facebook yang kemudian di-pick-up oleh blog-blog prokerajaan, yang kemudian berapi-api pula selepas dimuatkan di muka depan Utusan Malaysia.

Kalau dilihat latar belakang Dr. Rahman, beliau hanyalah seorang pegawai perubatan di Bahagian Kecemasan di HKL. Kalau dibaca tulisan beliau dalam Facebooknya, dia berpeluang menghadiri istiadat pertabalan kerana bertugas. Dia bukan ahli politik, jauh sekali untuk menjadi calon mana-mana parti pada PRU-13 nanti. Beliau juga bukan mewakili mana-mana NGO. Tak macam Ibrahim Ali, tak seperti Anuar Shaari, tak macam Zul Nordin.

Sebagai rakyat biasa yang tidak gemar raja-rajanya diperlekeh dan dipersendakan, maka Dr. Rahman bersuara. Suaranya pun cuma di laman sosial Facebook untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan. Bukan sampai panggil wartawan dan buat sidang media. Kebetulan tulisan beliau dihidu oleh rakan blogger, maka mereka mengutip tulisan tersebut dan dimuatkan dalam blog mereka. Itu sahaja.

Jadi, tang mana Azmin kata ia adalah agenda UMNO untuk menjahanamkan beliau aku pun tak tahu. Inilah fiil puak-puak pembangkang. Asal buat salah kemudian kantoi, mereka nak salahkan UMNO. Sikit-sikit UMNO. Tapi bila negara maju, kadar kemiskinan sangat rendah, pengangguran rendah, semua orang dapat bantuan, semua orang dapat berniaga dan duduk aman damai di muka bumi Malaysia ni diorang tak ada pulak kata itu hasil kerja UMNO? Sebaliknya, ada saja tak puas hati. Kasi bantuan PTPTN salah, tak kasi lagilah salah. Payah....

Kepada Azmin, Tian Chua dan Khalid Samad, kalau apa yang dikatakan Dr Rahman ni tak betul, elok saman saja. Apa susah! Tapi ingat, ramai saksi yang hadir dan berada di sekeliling mereka ketika mereka duk syok kutuk raja-raja Melayu antaranya Ahli Parlimen Hulu Selangor, Kamalanathan dan Senator Dr. Firdaus Abdullah.

Kalau takat nafi dan tuduh balik UMNO atau surat khabar tabur fitnah, semua orang boleh cakap macam tu. Siapa nak mengaku berak tengah jalan melainkan Anwar Ibrahim saja, kalau pengakuan itu boleh membuatkan dia jadi PM... Heee 

Share this

0 Comment to "Kerana cakap benar... Azmin nak saman Dr Rahman?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.