10 April 2012

PTPTN... Najib cadang, Anwar lulus

Terguling-guling aku gelak bila dapat tahu Anwar nak mansuhkan PTPTN kalau dia jadi PM. Nampak sangat mamat ni nak ambil hati orang muda terutama golongan pelajar sampai terang-terang duk berbohong. Budak-budak bolehlah Anwar kelentong sebab masa PTPTN ditubuhkan depa masih lagi dalam buaian, tak pun masih belum sunat.

Seingat aku ilham penubuhan PTPTN ni dicetuskan oleh Najib Razak pada 1996 ang pada masa itu memegang potfolio Menteri Pendidikan. Najib dalam satu majlis mengumumkan cadangan nak wujudkan satu tabung khas untuk menyediakan dana bantuan pendidikan kepada anak-anak muda yang nak masuk U. Masa tu dia tak sebut Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara lagi... cuma tabung pendidikan saja.

Nak menjayakannya Najib kenalah minta Menteri Kewangan sebab depa yang jaga Perbendaharaan dan Bank Negara dan depa juga yang duk keluarkan duit untuk pembiayaan projek kerajaan termasuk nak buat tabung pendidikan itu. Tak ada sokongan Kementerian Kewangan yang menterinya Anwar Ibrahim, maka penubuhan tabung ini tidak akan berjaya. Baca laporan Utusan Malaysia tahun 1996 ini:
KUALA LUMPUR 11 Okt. - Persediaan menubuhkan tabung pendidikan negara kini di peringkat akhir dan dijangka dapat diwujudkan sebelum bulan Mei tahun hadapan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika semuanya berjalan lancar, pelajar yang mendapat tawaran untuk mengikuti pelajaran di universiti bagi sesi kemasukan bulan Mei tahun hadapan, boleh mendapatkan kemudahan tabung itu.

``Tabung ini akan dapat direalisasikan mungkin pada Mei tahun hadapan,'' katanya kepada pemberita selepas perbahasan usul pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO di sini hari ini.

Menurut Najib, peruntukan awal dana untuk tabung itu berjumlah RM500 juta dan pihaknya sedang melaksanakan tindakan untuk menentukan keperluan tahunan supaya dimasukkan ke dalam belanjawan tahunan.

``Sekarang ini Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan sedang memperincikan keperluan untuk tahun hadapan,'' katanya.

Beliau berkata, para perwakilan juga banyak yang mencadangkan supaya tokoh-tokoh korporat turut memberikan sumbangan terhadap tabung pendidikan itu. - UTUSAN MALAYSIA 12 Oktober 1996

Tapi kenapa dulu Anwar tidak menolak penubuhan PTPTN sedangkan beliau selaku TPM dan Menteri Kewangan boleh berbuat demikian sebab kuasa meluluskan di peringkat Kementerian Kewangan terletak di bawah bidang kuasanya.  Malahan tugas memangku jawatan PM selama 2 bulan ketika Dr. Mahathir bercuti pada 1997 pun boleh digunakan oleh Anwar untuk tolak PTPTN dan umum pembelajaran percuma di peringkat U.

Sedangkan Anwar pernah menggunakan kuasa pemangku PM pada tahun yang sama untuk menerima bantuan IMF bagi mengatasi kegawatan ekonomi 1997 sedangkan ia tidak pernah dibincangkan dengan Dr. Mahathir. Apabila Dr. Mahathir balik bercuti, beliau dengan segera mengumumkan penolakan bantuan IMF dan melaksanakan "dasar ekonomi" tidak ikut buku sehingga berjaya menyelamatkan Malaysia daripada terjerumus ke dalam kegawatan ekonomi lebih buruk.

Tapi bila dah tiada kuasa dan tengah duk gila kuasa macam sekarang baru sibuk-sibuk nak mansuh PTPTN yang depa sendiri duk sokong. Heee... Nampak sangat depa nak bodek budak-budak mahasiswa setengah masak kat U tu supaya lawan kerajaan.

Heee... 

Share this

4 Responses to "PTPTN... Najib cadang, Anwar lulus"

  1. Hang ni merepek ape? Anwar bukan masuk jail start 1998?? ape kejadah nye dengan Najib cadang tubuh pptn 2006,2007 kene mngena dgn anwar??

    Lagi satu, Tun Mahathir 'turun' dr PM 2003 ke? bila pulak die bercuti 2 bulan tahun 2007??

    Hang ni biaq betul sikit. Ke ang ni la ni sebanarnya belum sunat lg ni. hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Sudah diperbetulkan. Terima kasih atas teguran!

    ReplyDelete
  3. kah3..budak2 sekolah boleh lah ko nak klentong woi..mengarot lah blogger umno ni...

    ReplyDelete
  4. Mr_Apiz... Kenapa? Tak boleh terima hakikat ke? Kesian kau. Nampak mcm cerdik tapi buta2 kena kencing dik Nuar!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.