15 April 2012

Tahniah Rosberg, tahniah Petronas!

Nico Rosberg memecut laju dengan jentera Mercedes, berminyakkan Petronas RON97, berpelincir Petronas Primax.... Haha
Tahniah Nico Rosberg kerana menjuarai Formula 1 buat kali pertama di Grand Prix China petang ini. Tahniah juga buat pasukan Mercedes Petronas. Aku tumpang bangga bila jenama Malaysia ~ Petronas bakal terpampang di muka-muka utama sukan seluruh dunia mulai hari ini.

Malang buat bekas juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher sebab gagal menamatkan perlumbaan akibat masalah dengan enjin keretanya. Kalau tidak sudah pasti beliau mencipta sejarah baru dalam kejohanan F1.

Sebelum ni ramai juga orang persoal pelaburan Petronas dalam perlumbaan F1 ni. Macam juga orang persoal penajaan Malaysia Airlines untuk pasukan bola QPR. Siapa kata pelaburan Petronas taja pasukan F1 tak berbaloi? Hemmm... Elok pergi sekolah balik dan belajar Asas Ekonomi. Heee...

Cuci mata dengan keayuan amoi-amoi yang jadi gadis litar kejap!


Share this

0 Comment to "Tahniah Rosberg, tahniah Petronas!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.