11 April 2012

GEMPA ACEH... SYUKUR TIADA TSUNAMI (Update)

Amaran tsunami di wilayah pesisir pantai di Sumatera. Malaysia turut keluarkan amaran tsunami
Gempa bumi kuat 8.5 skala Richter yang berlaku di Aceh petang tadi tidak membawa bencana tsunami.

Amaran tsunami yang pada awalnya dikeluarkan, telah ditarik balik malam ini. Media di Indonesia melaporkan tiada kerosakan teruk berlaku di Aceh apatah lagi korban jiwa (kematian la tu!).

Bagaimanapun, amaran tsunami yang dikeluarkan membuatkan beratus ribu manusia di seluruh dunia terutama yang tinggal di pesisir pantai Lautan Hindi naik cemas. Takut peristiwa Disember 2004 berulang.

Apapun sama-sama kita panjatkan syukur kerana semuanya selamat.... Alhamdulillah!

FLASH:

9.15 PM : LEGA... AMARAN TSUNAMI DITARIK BALIK. 

9 PM : BELUM ADA TANDA-TANDA BERLAKU TSUNAMI. AMARAN MASIH BELUM DITARIK BALIK

8.30 PM : HANYA BERLAKU "TSUNAMI KECIL" (0.8 METER) DI PANTAI ACEH SELEPAS SEJAM BERLAKU GEMPA... PETANDA TSUNAMI TAK JADI? 

8 PM : KEADAAN TSUNAMI DIJANGKA TIDAK BURUK

7.40 : PARAS AIR LAUT DI BARAT DAN UTARA ACEH DIKESAN NAIK SETINGGI 0.8 METER

7.25 PM: GEMPA SUSULAN DENGAN KEKUATAN 8.8 SKALA RICHTER BERLAKU DI ACEH. AMARAN TSUNAMI SEKALI LAGI DIKELUARKAN

7 PM : GELOMBANG SETINGGI 0.17 METER DIKESAN DI LAUTAN HINDI MENUJU ACEH

POS ASAL:

GEMPA BUMI DENGAN KEKUATAN 8.9 SKALA
RICHTER GEGAR BUMI ACEH PUKUL 4.41 PETANG WAKTU MALAYSIA. AMARAN TSUNAMI DIKELUARKAN DI LIMA WILAYAH DI INDONESIA IAITU ACEH, SUMATERA UTARA, SUMATERA BARAT, BENGKULU DAN LAMPUNG.

THAILAND DAN INDIA TURUT KELUARKAN AMARAN TSUNAMI. SELAIN ITU AMARAN JUGA DIKELUARKAN OLEH LEBIH 20 NEGARA YANG BERLAUTKAN LAUTAN HINDI.

GEGARAN DIKHABARKAN TURUT DIRASAI DI BEBERAPA NEGERI DI SEMENANJUNG. MEREKA YANG TINGGAL DI KAWASAN PANTAI DI KEDAH, PERLIS, PULAU PINANG DAN PERAK DINASIHATKAN BERSIAP SEDIA KEMUNGKINAN TSUNAMI.

GEMPA BUMI KALI INI DIKATAKAN MENYAMAI BENCANA SERUPA PADA DISEMBER 2004 YANG MENYEBABKAN RATUSAN RIBU PENDUDUK DI BEBERAPA BUAH NEGARA DI DUNIA TERMASUK MALAYSIA TERKORBAN.

SESIAPA YANG DAPAT MERASAI GEGARAN AKIBAT GEMPA INI BOLEH CERITAKAN PENGALAMAN DI BAHAGIAN KOMEN DI BAWAH. TQ

Share this

3 Responses to "GEMPA ACEH... SYUKUR TIADA TSUNAMI (Update)"

  1. di penang terjadi 3 kali gegaran pd pkul 4.30. 5.30 dan 7.00,air laut di kawasan permatang damar laut mulai surut, ,lautan gurney sudah mulai kering setengah lautan dan balik pulau air mulai naik, ,

    ReplyDelete
  2. saya baru balik dari plaza gurney td, mmg mengejutkan. alhmdullh semua selamat.

    ReplyDelete
  3. Banyak cerita pasal gempa ini termasuk konon berlaku air surut luar biasa, ombak tinggi 8 meter dll ... tapi kenyataannya kalau kat Aceh pun tak ada tsunami, apa pulak nak berlaku tsunami kat Malaysia?

    Hemmm... ramai yg jadi tukang tambah nasik!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.