23 April 2012

Zuraida bakal dibedal Zahida dan Shafie Apdal!

Nenek kebayan Bukit Belacan, Zuraida Mak Lampir bakal menghadapi saman daripada Zahida Rafik dan Shafie Apdal kerana memfitnah mereka berdua. Zahida sudah membuat kenyataan bahawa wang yang diterima adalah hasil perniagaan yang dijalankan, bukan pemberian Shafie. Shafie juga nafi terlibat.

Berikut kenyataan kedua-duanya berhubung isu yang didakwa Zuraida. Hee....

KENYATAAN ZAHIDA RAFIK:
Assalamualaikum Warrahmatulallhi Wabarakatuh.

Pada Rabu 18hb April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan satu dakwaan bahawa seorang menteri telah memberi wang sebanyak RM 1.4 Juta kepada saya selama 4 bulan (Oktober, November, Disember dan Januari). Ia adalah susulan daripada kes pemandu peribadi saya yang melarikan wang saya sebanyak RM 200 Ribu.

Untuk pengetahuan umum, saya melakukan perniagaan penjualaan kereta import bersama abang ipar saya serta perniagaan arang batu di Kalimantan, Indonesia bersama abang angkat saya. Semua penyata akaun serta wang yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Ampang adalah benar tetapi ia adalah hasil titik peluh saya sendiri dalam perniagaan yang diceburi dan ianya tiada kaitan dengan seorang MENTERI yang dikaitkan oleh YB. Zuraida Kamaruddin kepada umum.

Saya mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan yang diceburi setelah tidak lagi aktif dalam bidang lakonan kerana bagi saya perniagaan sendiri lebih menguntungkan untuk hidup yang lebih sempurna. Ini adalah satu tanggapan yang serong terhadap saya dan keluarga kerana pertuduhan ini dapat menjejaskan karier perniagaan saya serta kehidupan seharian saya sebagai rakyat Malaysia.

Mengikut undang-undang Malaysia, akta BAFIA 1989, mana-mana individu, syarikat atau juga badan kerajaan mahupun bukan termasuklah institusi kewangan (bank), dilarang sama sekali untuk mendedahkan mana-mana akaun peribadi, syarikat atau mana-mana badan badan kerajaan mahupun bukan kerajaan kepada UMUM dan SEKIRANYA ini terjadi, maka si PELAKU boleh dikenakan tindakan mahkamah.

Mengikut akta tersebut juga, akaun kewangan seperti ini hanya boleh didedahkan dengan perintah HAKIM.
Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk mendakwa Ahli Parlimen Ampang di mahkamah kerana mendedahkan akaun peribadi saya serta menfitnah saya berhubungan sulit dengan seorang MENTERI yang dikaitan bagi membersihkan nama baik saya serta keluarga saya.

Sekian, terima kasih.
 

Wassalam.

Zahida Rafik
20hb April 2012

KENYATAAN SHAFIE APDAL:
Saya mengikuti rapat beberapa laporan di dalam  media dan blog-blog tempatan yang telah  mengaitkan saya dengan satu laporan polis oleh  seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi  (No. KP. 740214-14-6237) no repot  AMPANG/007017/12 bertarikh 13hb Mac  2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu  di bawah saya dan mengaitkan saya dengan  pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada  seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed  Rafik.

Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua  yang tertera di dalam laporan polis berkenaan  adalah TIDAK BENAR sama sekali dan  kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang  menyebar luaskan salinan laporan polis berkenaan  adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK  semata-mata.

Sehubungan itu, saya bersedia mengambil  tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja  yang terus-terusan memfitnah saya dan  mengaitkan saya dengan perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal
Putrajaya, 23 April 2012

Share this

0 Comment to "Zuraida bakal dibedal Zahida dan Shafie Apdal!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.