23 May 2012

Debat PTPTN... Apa hasilnya?

Debat KJ dan Rafizi... Apa hasilnya?
Korang tengok tak siaran langsung debat isu PTPTN antara KJ dan Rafizi Ramli malam tadi? Kalau tengok aku nak tanyalah, apa kesudahan atau hasil debat tersebut? Apakah kerajaan akhirnya umumkan pemansuhan PTPTN? Apakah jumlah keahlian PKR, Pas dan DAP meningkat berkali ganda hari ini?

Bagi aku debat malam tadi tidak lebih sekadar tempat untuk beradu kebijaksanaan matematik antara kedua-dua ahli panel yang masing-masing mengutarakan figur-figur bilion dan jutaan ringgit dan dolar yang aku percaya tiada siapa pun sempat untuk membuat pengiraan sama ada apa yang disebut oleh Rafizi mahupun KJ itu benar atau sebaliknya.

Selain beradu kebijaksanaan matematik, debat itu juga hanya membuang masa kerana seperti dijangka, masing-masing menegakkan benang yang basah, dengan fakta dan auta masing-masing yang aku yakin rakyat yang tidak faham akan mengangguk-angguk manakala yang faham akan menggeleng-geleng.

Betul... Rafizi memang betah berbahas dan berdebat. Begitu juga dengan KJ, juga bijak menyusun kata. Tetapi rakyat mahu tahu, apakah kesudahan daripada perdebatan sedemikian?

Bagi aku, jika mahu berdebat soal isu PTPTN penganjur sepatutnya membawa pihak yang boleh membuat keputusan dan bukannya mereka yang hanya sekadar bercakap, menunjukkan kehebatan mereka berdebat, bermain matematik dan sindir-menyindir tetapi hasilnya kosong!

Bagi aku isu PTPTN ini mudah sahaja.

1) Pelajar ada hak untuk menolak pemberian bantuan PTPTN dan boleh memilih untuk membiayai sendiri pengajian mereka di universiti.

2) Kalau terima, pelajar perlu membaca syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat perjanjian PTPTN sebelum menandatanganinya. Di situ jelas diberitahu bahawa seorang pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dikecualikan daripada membayar PTPTN. Maknanya, kalau tak mahu bayar PTPTN, belajar bersungguh-sungguh supaya dapat keputusan cemerlang di universiti. Habis cerita...

3) Kalau tak dapat keputusan cemerlang, hah... jumpa PTPTN. Rayu supaya bayaran ditangguh sampai dapat kerja atau minta buat pemotongan paling minimum. Aih... Kalau dah lulusan universiti mustahillah kalau kerja tak dapat gaji RM2,000 ke atas. Lainlah jenis manusia yang berpiolitik siang malam, kerja malas! Yang ni tak dapek nak tolong! Pergi jahanam jeh!

Kalau soal dasar pendidikan percuma di peringkat universiti seperti yang diwar-warkan pembangkang, aku memang bersetuju dengan sindiran KJ. Kalau tadika pun tak boleh nak beri pendidikan percuma (seperti dalam manifesto PRU-12 di Selangor), tak usah bercakaplah pasal nak beri pendidikan percuma di universiti.

Sekarang ini nak masuk jamban pun kena bayar, inikan pula nak masuk universiti. Piiiraaaahhh....!!

Share this

2 Responses to "Debat PTPTN... Apa hasilnya?"

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.