19 May 2012

Irshad Manji... Mana Menteri Amaran?

Irshad Manji lancar bukunya tanpa sebarang halangan.
Jamil Khir dengan lantang berkata Jakim dan KDN akan menghalang sebagai program Irshad Manji, perempuan Islam yang mengamal dan menyokong hubungan sejenis ~ LGBT. Tapi petang tadi elok saja penulis Kanada tu boleh lancarkan bukunya "Allah, Kebebasan dan Cinta" kat Dewan Perhimpunan Cina, KL.

Apa dah jadi ni? Bila aku baca kenyataan keras Jamil Khir itu di media, ia dibuat malam tadi dalam satu majlis di Kedah tapi petang ni Irshad dengan senang hati boleh menjalankan program tersebut tanpa sebarang masalah. Apa dah jadi?

Betul kata penganjur program yang juga penerbit buku itu di Malaysia, Ezra Zaid (anak Zaid Ibrahim) dari ZI Publishing. Ezra kata sepatutnya larangan datangnya dari  KDN bukannya Jakim. Apa hal Jamil Khir pulak yang lantang bersuara? Mana Hishammuddin yang duk jaga KDN? Bukan takat tindakan, amaran pun tak kedengaran.

Buku Irshad Manji ni kalau baca seimbas tak nampak salahkan. Tapi siapa baca lebih dalam tahulah makna kebebasan dan cintanya itu. Dia dengan senang lenang nak kaitkan anugerah Allah yang berikan perasaan cinta dengan kebebasan manusia untuk bercinta. Maknanya, kalau depa nak bercinta sesama jenis, itulah kebebasan yang Allah berikan.

Siapa yang nak baca pemikiran Irshad Manji ni boleh gi ke websitenya di sini ... ada versi BM lagi. Apa motifnya website minah ini dalam versi BM? Bukan Cina atau India atau Indonesia??? Entah aku pun tak tahu. Tanyalah mereka yang menterjemahkannya. Mungkin sebab orang Melayu senang dipengaruhi, jadi buatlah buku sial tu dalam BM, buat website dalam BM... Apa ada hal?

Share this

2 Responses to "Irshad Manji... Mana Menteri Amaran?"

  1. ehhhh ... TAK KAN HISHAMUDIN MENTERI KDN? ..... HUAAAAAA ... HUAAAAAAA ... LENA DI ULIK INTAN .(Wings)

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.