15 May 2012

Lagi Melayu roket ikut jejak Tunku Aziz?

ASPAN ALIAS DAN ARIFF SABRI
Siapa bakal ikut jejak langkah Tunku Aziz untuk meninggalkan DAP? Benarkah Aspan Alias dan Ariff Sabri "Sakmongkol" akan mengikut jejak langkah aktivis antarabangsa itu?

Aku dapat tahu, tindakan Tunku Aziz keluar dari DAP telah membuka mata orang Melayu roket dalam parti itu yang selama ini dibuai mimpi indah yang diwayangkan oleh para pemimpin parti cauvanis itu termasuk kononnya DAP-lah parti yang mengamalkan demokrasi sebenar dan tidak bersikap rasis.

Khabarnya Hatta Wahari, bekas wartawan Utusan dan Presiden NUJ pun sudah mula resah gelisah berada dalam DAP. Erkk... Sdr Hatta... nak apply Utusan balik? Nak jilat ludah sendiri ke?

Antara point yang diutarakan Tunku Aziz ketika ditemu bual oleh Norzie dan Mohan di ntv7 malam tadi ialah...

1) Kerajaan BN dah ada pengalaman mentadbir kerajaan Malaysia lebih 50 tahun manakala pembangkang tiada sama sekali

2) Jika kerajaan BN tidak bersikap adil dan lemah, tidak mungkin negara dapat mencapai tahap pembangunan seperti ini.

3) Buat apa nak anjur Bersih banyak kali, sedangkan sekarang pun kerajaan BN sudah dengar suara mereka, sudah ambil tindakan


Hemmm... Tunku Aziz kata dia sangat naif dalam politik negara sampai termakan pujuk rayu DAP untuk menyertai mereka. Bila dia berada dalam DAP barulah dia sedar siapa sebenarnya DAP.  Tunku Aziz yang naif politik akhirnya boleh sedar, aku percaya Aspan dan Sakmongkol yang pernah menjadi pemimpin UMNO boleh bezakan yang mana intan, yang mana kaca.
KAMI sangat yakin Aspan Alias juga akan kembali kepada UMNO semula. Jika Naib Pengerusi DAP yang tidak ada kuasa itu sudah sedar, apakah kamu fikir Aspan Alias tidak akan sedar. Dia akan sedar tuan-tuan bukan kerana dia dibayar, kerana dia rasa bersalah kepada agama dan bangsanya. Kini dia tersentak apabila Tunku Abd Aziz keluar DAP, meninggalkan kawan baiknya Lim Kit Siang.  - MyMassa

Cuma kerusi PRU-13 yang ditawarkan DAP membuatkan mereka masih lagi lena diulik Lim Kit Siang dan Karpal Singh anak beranak.

Share this

1 Response to "Lagi Melayu roket ikut jejak Tunku Aziz?"

  1. Kalau benarlah seperti apa yg dikata, maka sangat layaklah Tunku Aziz meninggalkan DAP, Tunku Aziz tiada perjuangan, dia tak faham apa perlunya bERSIH 03, memang dia jenis bengong.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.