11 May 2012

Maaflah Pas! Shariff Omar masih setia bersama UMNO

Maaf Pas! Shariff Omar masih setia bersama UMNO...
Kecoh sekejap apabila ada suara-suara sebelah sana mengaku bahawa bekas Timbalan Menteri zaman Tun Dr. Mahathir dulu, DS Shariff Omar akan menyertai pembangkang dan bakal bertanding atas tiket Pas di Parlimen Tasek Gelugor.

Khabarnya Shariff yang pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Timbalan Menteri Pertanian kecewa apabila kerusi yang sepatutnya dipertahankan pada 2008 terpaksa diserah kepada Nor Mohamad Yaacop. Itu ditulis oleh bloggers sebelah sana.

Tapi semalam seorang sahabat memaklumkan bahawa beliau baru sahaja bertemu dengan Shariff dan pada pertemuan tak sengaja itu, sahabat aku ada bertanya tentang desas-desus ini dan beliau mengaku beberapa pemimpin tertinggi Pas dan PKR ada "menghimpit" beliau memujuk menyertai mereka.

Sahabat aku yang memang kenal rapat dengan Shariff itu memberitahu, Shariff mengaku masih setia bersama UMNO dan katanya darah yang mengalir seluruh tubuhnya itu masih lagi darah UMNO berwarna merah dan tidak akan bertukar hijau atau biru.

Cuma beliau berharap Najib memberi peluang kepada beliau bertanding semula di Tasek Gelugor sebagai memenuhi tuntutan janji Pak Lah Badawi dahulu yang meminjam kerusi Parlimen berkenaan kepada Nor Mohamad Yaacop untuk satu penggal sahaja.

Dan aku diberitahu oleh seorang rakan nun di Pulau Pinang yang bahagian Tasik Gelugor tidak menyenaraikan nama Shariff sebagai bakal calon BN di Parlimen berkenaan tetapi para pengundi di kawasan tersebut memang berharap Shariff untuk kembali menjadi wakil rakyat mereka.

Khabarnya juga jika Shariff tidak diletakkan sebagai calon, ada kemungkinan BN bakal kehilangan kerusi di Tasek Gelugor. Uik... Betul ke? Kalau betul BN Pulau Pinang khususnya UMNO negeri kenalah buat sesuatu.

Walaupun begitu, aku percaya dalam hal ini Shariff tidak akan berpaling tadah menyertai pembangkang sekali gus mengecewakan Pas yang beriya-iya mahu meletakan Shariff sebagai calon atas tiket Bulan!

Huk  huk huk... Kesian Pas!

Share this

0 Comment to "Maaflah Pas! Shariff Omar masih setia bersama UMNO"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.