08 May 2012

Santai bersama Hadi Awang... 1,500 bloggers, media hadir?

Wow...!! Aku dimaklumkan seramai lebih 1,500 orang bloggers dan media turun ke Hutan Lipur Sungai Tua, Hulu Yam 29 April lepas untuk bersama-sama dalam program Santai BBQ Bersama Presiden Pas, Hadi Awang. Sebab terlalu ramai, kawasan hutan itu penuh sesak sampai kera-kera di hutan pun lari bertempiaran.

Lihatlah gambar yang dikirim seorang sahabat ini. Patutlah Haramkah Daily tak siarkan gambar-gambar program ini tetapi cuma laporan berbentuk teks saja. Rupanya tak ada ruang nak ambik gambar sebab kawasan hutan lipur itu penuh sesak dengan media dan bloggers yang semuanya menyokong perjuangan parti itu.

Ramainya rakan media dan blogger duk bersoal jawab dengan Hadi Awang. Penuh dengan kerusi kosong!
Ops..! Ini berdasarkan gambar yang sahabat aku kirim yang dia sendiri hadiri program ini. Kalau ada gambar yang menunjukkan jumlah sebenar kehadiran bloggers dan rakan media, boleh kirim kat aku. Tapi jangan gambar super-imposed macam Bersih 3.0 hari tu dah lah!

Share this

0 Comment to "Santai bersama Hadi Awang... 1,500 bloggers, media hadir?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.