22 May 2012

Tahniah Nazmi... Tapi jangan lupa diri!

Nazmi Faiz Mansor (tiga kiri) bersama beberapa pemain lain yang terpilih menjalani sesi pemilihan bersama kelan Biera Mar di Portugal.
Aku nak ucap tahniah kepada Nazmi Faiz sebab ditawarkan kontrak selama tiga tahun bermain dengan kelab Divisyen Satu Portugal, Biera Mar. Ini bermakna Nazmi berpeluang untuk bermain menentang bintang-bintang dari kelab ternama Portugal termasuk Porto, Benfica dan Sporting Lisbon.

Baca laporan Nazmi Faiz di sini...!

Nazmi Faiz selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Biera Mar.
Kira Nazmi ni jadi orang Malaysia pertama yang bermain di Eropah dan pemain Asia Tenggara pertama yang menyertai kelab Portugal. Wow... Hebat... hebat. Usia Nazmi masih muda sekitar 18 tahun. SPM pun tak sempat ambil sebab masa SPM tahun lepas, dia sibuk beraksi di padang wakili Harimau Muda untuk Sukan SEA dan Kelayakan Olimpik.

Hemm... Murah rezeki anak muda ni. Berapa bayaran untuk Nazmi oleh kelab ini ya? Tentulah berpuluh-puluh ribu ringgit. Maklum gajinya pun dalam Euro. Kalau 10,000 Euro pun dah berapa puluh ribu ringgit? Hemmm... Kaya... kaya!

Aku harap Nazmi dapat memanfaatkan peluang bermain di Eropah untuk meninggikan mutu permainannya yang sekali gus memberi kebaikan buat skuad kebangsaan juga. Nazmi masih muda. Siapa tahu jika dia beraksi dengan baik bersama kelab itu, ada kelab-kelab lebih ternama di Eropah nak beli dia pulak? Siapa tahu suatu hari Nazmi bermain untuk Liverpool, Man-U atau Real Madrid?

Hemm...

Pesan aku, harap Nazmi tak lupa diri dengan kejayaan yang dikecapi sekarang. Godaan dan cabaran berada di negara orang cukup tinggi. Tak kuat boleh hanyut. Jangan sampai timbul masalah-masalah peribadi selepas ini. Maklum, Nazmi masih terlalu muda. Harap dia tidak hanyut dengan kemewahan dan gemerlapan sebagai bintang bola sepak.

Maklum dah jadi bintang bola sepak ni, ramailah anak-anak dara serta mak-mak dara  dan tak dara yang nak menghimpit. Hemmm.....

Nazmi Faiz bersama buah hatinya... Emmm...

Share this

0 Comment to "Tahniah Nazmi... Tapi jangan lupa diri!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.