14 May 2012

Tunku Aziz letak jawatan dan keluar DAP

TUNKU ABDUL AZIZ
Tunku Aziz malam ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Pengerusi DAP dan seterusnya keluar dari parti cauvanis itu.

Tindakan beliau itu ada kaitan dengan pertembungan pendapat mengenai perhimpunan Bersih 3.0 yang beliau menolaknya kerana percaya setiap perhimpunan jalanan tidak pernah berlangsung dengan aman. Sebaliknya, parti dukungan beliau, DAP memberi sokongan padu terhadap penganjuran Bersih 3.0 yang berakhir dengan kekacauan dan huru-hara.

Hemmm... Aku cuma nak ucap tahniah kepada Tunku Aziz kerana membuat keputusan tepat keluar dari "House Negro". Aku harap kes beliau menyedarkan Melayu roket lain bahawa Melayu dalam DAP hanyalah sebagai umpan pancing DAP untuk mendapat undi Melayu. Tidak lebih dari itu...

Emmm... Berapa juta UMNO bayar Tunku Aziz untuk keluar parti?


Share this

0 Comment to "Tunku Aziz letak jawatan dan keluar DAP"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.