11 May 2012

Wow! Siapa ahli perniagaan Malaysia hadiah Ferrari kepada Kim Kardashian?


Kim Kardashian bersama Ferrari putih kesayangannya yang khabarnya dihadiahkan oleh seorang jutawan dari Malaysia. Wow...!!!
Wow...!! Ahli perniagaan Malaysia menjadi punca perceraian selebriti realiti TV tersohor dunia, Kim Kardashian dengan suaminya yang juga bintang bola keranjang AS, Kris Humphries? Itu laporan yang menggemparkan dunia apabila Kardashian dilaporkan menerima hadiah berupa sebuah Ferrari dari seorang ahli perniagaan Malaysia.

Persoalannya, siapa ahli perniagaan tersebut? Wow... Dahsyat.

Sebelum ini dah heboh satu dunia apabila seorang ahli perniagaan Malaysia menghabiskan masa bercuti atas kapal bersama bintang tersohor Paris Hilton. Baca laporannya kat sini!  Kali ini seorang lagi orang kaya dari Malaysia dikaitkan dengan artis Hollywood!

Tak mustahil juga kalau jutawan Malaysia yang sama bercuti dengan Paris Hilton ini juga yang hadiahkan Ferrari itu kepada Kardashian. Heemmm....

Hebat sungguh orang Malaysia sekarang. Takat Neelofa, Fasha Sandha, Maya Karin depa tak mainlah. Depa main level Hollywood sana nun! Kalau Kardashian pun sanggup bercerai sebab orang Malaysia, itu kira sangat hebatlah! Maklum sebelum ini selalu sangat aku dengar perempuan Mat Salih tak pandang lelaki-lelaki Asia ni apa lagi Malaysia sebab ukuran "anu"-nya.

Tapi sekarang jelaslah, ukuran itu tak penting tapi yang penting jumlah US Dolar yang dimiliki. Malaysia pun Malaysialah. Apa ada hal?





Pssstt... Lepas ni adalah blog belah sana nak kaitkan ahli perniagaan Malaysia tu dengan Najib ke Rosmah ke.. Heee! Modal nak PRU-13 beb!

Share this

0 Comment to "Wow! Siapa ahli perniagaan Malaysia hadiah Ferrari kepada Kim Kardashian?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.