![]() |
| Walaupun gila-gila tetapi tindakan Tony sentiasa tepat! |
Tapi bagi aku tindakan Tony tidak lebih sebagai tindakan seorang ahli perniagaan yang bijak dan berfikir di luar kotak. Lupakan soal sentimen kerana semua harus ingat Tony adalah ahli perniagaan dan AirAsia adalah syarikat miliknya, bukan milik kerajaan (walaupun kerajaan ada membantu sedikit sebanyak). Sebagai ahli perniagaan sudah pasti beliau mencari luang dan peluang mengembangkan perniagaannya.
Dalam soal tindakannya memindahkan operasi serantaunya di Indonesia, aku yakin beliau mengambil tindakan yang bijak. Walaupun aku bukanlah seorang ahli perniagaan, jauh sekali mempunyai sebarang syer dalam AirAsia, tapi aku yakin Indonesia mempunyai prospek yang lebih luas dalam industri penerbangan berbanding Malaysia, khususnya di peringkat domestik.
Malaysia mempunyai 14 buah negeri tetapi berapa banyak negeri yang mempunyai lapangan terbang? KLIA, LCCT, Subang, Johor Bahru, KK, Kuching, Miri, Labuan, Penang, Alor Setar, Ipoh (?), Melaka, Kuala Terengganu, Kota Bharu ... emmm mana lagi? Tioman, Pangkor... Dah habis?
Cuba bandingkan pula dengan Indonesia yang mempunyai ratusan wilayah dengan ribuan pulau dari Irian Jaya ke Aceh. Dan hampir setiap wilayahnya mempunyai lapangan terbang. Itu belum mengambil kira jumlah penduduknya yang entah berapa kali ganda berbanding Malaysia. Sudah pasti pasaran penerbangan domestik di Indonesia lebih besar berbanding Malaysia.
Itu juga belum mengambil kira penerbangan dari setiap wilayah di Indonesia ke rantau ini. Medan ke Bangkok, Palembang ke Hongkong, Surabaya ke Sydney, Bali ke Shanghai dan lain-lain (sekadar contoh). Sebab itulah Tony sudah dapat membayangkan betapa "segarnya rumput di padang seberang" berbanding di sini.
![]() |
| Aireen Omar, CEO AirAsia Malaysia bersama pramugari AirAsia. |
Aku kira itulah dasar utama Tony memindahkan operasi serantaunya ke Jakarta, iaitu perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh MAS -- atas pelbagai kekangan kerana statusnya sebagai penerbangan milik negara. Lagi pun Tony tidak bergantung sepenuhnya dengan MAS untuk berkembang. Tambahan pula pelbagai pandangan serong dilemparkan apabila AirAsia dan MAS duduk semeja.
Kerana itulah Tony Fernandez, daripada seorang yang berkecimpung dalam industri muzik kini membina empayar dalam bidang penerbangan tambang murah. Otaknya memang gila-gila tetapi tindakannya sentiasa tepat.


1 comment:
Its more and deeper than that.
Post a Comment