14 June 2012

EURO 2012: Ramai pemain Islam rupanya

Status agama penyerang Belanda, Robin Van Persie menjadi perdebatan selepas dia berkahwin dengan wanita Islam keturunan Maghribi.
Rupa-rupanya ramai pemain bola beragama Islam sedang menyumbang keringat untuk negara masing-masing pada kejohanan Piala Eropah (Euro 2012) yang sedang berlangsung di Poland dan Ukraine. Malahan ada kalangan mereka menjadi tonggak utama pasukan masing-masing.

Perancis paling ramai dibarisi pemain beragama Islam iaitu seramai lima orang (berdasarkan kajian akulah). Mereka ialah Samir Nasri, Karim Benzema, Frank Ribery, Hatem Ben Arfa dan Adil Rami. Nasri, Benzema dan Ribery adalah tonggak utama skuad Perancis pada Euro 2012. Wow...

Selain itu, pasukan Belanda pula mempunyai dua pemain beragama Islam iaitu Ibrahim Afellay dan Khalid Boulahrouz. Begitu juga dengan Jerman menerusi Mesut Ozil dan Sami Khedira. Khedira pernah mencetuskan kontroversi apabila bergambar separuh bogel bersama teman wanitanya, seorang model dalam sebuah majalah. Baca di sini!

Sementara itu, beberapa pemain lain turut didakwa beragama Islam tetapi tiada kenyataan mengesahkannya. Antaranya penyerang berbisa Sweden Zlatan Ibrahimovic. Bapa Ibrahimovic dikatakan beragama Islam (Bosnia) tetapi ibunya beragama Kristian Croatia. Dilaporkan pemain ini mengikut ibunya dalam soal beragama.

Paling mengejutkan, penyerang Belanda, Robin Van Persie juga didakwa beragama Islam. Bagaimanapun beliau pernah menafikan telah memeluk Islam walaupun berkahwin dengan seorang wanita Islam berketuruan Maghribi.

Mungkin ada lagi pemain beragama Islam dalam pasukan-pasukan yang bersaing di Euro 2012 yang tidak diketahui. Kalau korang ada maklumat lain, bolehlah berkongsi dengan aku kat sini. 

Share this

0 Comment to "EURO 2012: Ramai pemain Islam rupanya"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.