21 June 2012

EURO 2012: Sorry Rooney... Aku pilih Perancis (Updated!)

KEMAS KINI: 
Perancis gagal ke separuh akhir Euro 2012 selepas dikecewakan pasukan pilihan Sepanyol 2-0 pada akhir awal pagi ini. Juara Piala Dunia 2010 itu akan menentang Portugal di peringkat separuh akhir 28 Jun ini. Hemmm...

POS ASAL:
Skuad Perancis dibarisi lima pemain beragama Islam.
Di peringkat EPL, aku memang penyokong Manchester United tetapi di peringkat antarabangsa melibatkan negara baik Piala Dunia atau EURO, aku tak pernah menyokong England. Aku lebih tertarik kepada pasukan Belanda yang terkenal dengan permainan "total football".

Tapi malang EURO 2012 menyaksikan Belanda terpaksa pulang awal selepas gagal melepasi peringkat suku akhir. Selamat tinggal Van Persie, Wesley Snijder, Arjen Robben dan kawan-kawan walaupun pada Piala Dunia lalu Belanda merupakan naib juara di belakang Sepanyol.

Ketiadaan Belanda di peringkat seterusnya menyebabkan aku terpaksa mencari pasukan lain untuk diberi sokongan. Ramai kawan-kawan sepejabat sejak awal memilih England dan begitu juga sebahagian besar rakyat Malaysia pencinta bola sepak. Tidak kurang juga penyokong Sepanyol dan Portugal. Tapi maaf sekali lagi Wayne Rooney. Kali ini aku memilih pasukan Perancis.

Bukan sebab aku sudah berpaling tadah terhadap para pemain Manchester United dalam pasukan England antaranya Rooney, Ashley Young, Phil Jones dan Danny Welbeck. Tapi aku lebih cenderung kepada Perancis yang menampilkan 5 PEMAIN BERAGAMA ISLAM yang tiga daripadanya menjadi tonggak pasukan itu.

Karim Benzima, Frank Ribery dan Samir Nasri adalah tonggak utama pasukan Perancis di samping Hatem Ben Arfa dan Adil Rami. Jadi kalau Perancis menjulang kejuaraan EURO 2012, ia juga merupakan kejayaan bagi para pemain beragama Islam yang mendominasi pasukan itu.

Jadi sudah pasti bukan satu "dosa" jika aku memilih salah satu pasukan dari negara penjajah (yang sering dibuat lawak setiap kali ada kejohanan bola sepak peringkat dunia) sebab alasan aku sudah pasti lebih memberi pahala berbanding memilih pasukan-pasukan lain. Tidak begitu?

Hidup Perancis...! Hidup Muslim....!!

JADUAL SUKU AKHIR EURO 2012

22 JUN 2012 : REPUBLIK CZECH - PORTUGAL

23 JUN 2012 : JERMAN - GREECE
 
24 JUN 2012 : SEPANYOL - PERANCIS
 
25 JUN 2012 : ENGLAND - ITALI

Share this

0 Comment to "EURO 2012: Sorry Rooney... Aku pilih Perancis (Updated!)"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.