21 June 2012

Hai... bilalah giliran Anwar dan Kak Wan

Najib dan Rosmah dalam ihram di Masjidil Haram. Anwar dan Kak Wan bila lagi?
Najib dan Rosmah dilaporkan mengambil kesempatan membuat umrah di tanah suci Mekah ketika beliau ke Arab Saudi bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Putera Mahkota Nayef yang meninggal dunia baru-baru ini.

MyNewsHub telah siarkan gambar Najib bersama Rosmah, anak mereka Nor Ashman dan Menteri di JPM, Jamil Khir Baharom sedang berdoa di Masjidil Haram dalam pakaian ihram. Hemmm... Alhamdulillah. Tahun lepas, mereka telah tunai haji, tahun ini umrah pulak.

Orang kata kalau kita pergi Mekah buat haji dan umrah, balik kita akan jadi seperti seorang bayi yang baru lahir. Bersih segala jiwa raga. Siapa pergi Mekah, kalau boleh 24 jam nak beramal ibadat kat masjid. Panas macam mana pun sanggup berjalan ke masjid. Taubat dan doa pun mudah dimakbulkan Allah. Insya-Allah bersih dari segala dosa, sebanyak mana pun (kecuali mensyirikkan Allah). Itu janji Allah.

Bila tengok Najib dan Rosmah berihram macam ni, teringat pula kat Anwar dan Wan Azizah. Bilalah mereka nak paparkan gambar mereka berihram baik tunai haji mahupun umrah. Maklum dekat-dekat pilihan raya macam ni eloklah pergi ke Tanah Suci minta direct dengan Allah.

Duduk depan Kaabah dan berdoa banyak-banyak kepada Allah agar mereka dilindungi daripada fitnah dan konspirasi jahat UMNO dan Utusan. Mintaklah agar Allah memberikan kemenangan kepada pakatan pembangkang untuk menang pilihan raya nanti dan bolehkan dia jadi PM. Tak salah nak minta dengan Allah, asalkan permintaan itu jujur dan ikhlas.

Aku dengar sekarang ni ramai ahli perniagaan yang menunaikan umrah setiap kali mereka submit tender projek. Lepas masuk tender mereka pakat pergi minta dengan Allah depan Kaabah supaya tender mereka diluluskan. Hemm.... Baguslah macam tu.

Kalau sebelum ni duk perhabis duit untuk melobi orang sana sini bukankah elok gunakan wang itu untuk pergi umrah dan minta dari Allah. Selain berdoa untuk dapat tender, dapat juga pahala-pahala lain dan menyucikan diri di sana. Bukankah bagus?

Tak gitu?

Psssttt... Ada orang bisik aku kata wajah Najib makin bersih, tapi wajah Anwar makin keruh.... Wallahua'lam

Share this

0 Comment to "Hai... bilalah giliran Anwar dan Kak Wan"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.