14 June 2012

Orang Johor tanya... Siapa Salahuddin Ayub?

Orang Johor tak kenal pun Salahuddin Ayub... Kesian!
Kah.. kah.. kah...! Rupanya orang Johor ramai tak kenal dengan Salahuddin Ayub, calon yang dicanang oleh Pas sebagai calon MB Johor.

Ketika Salahuddin datang ke salah satu taman perumahan di JB untuk berceramah baru-baru ini, puak-puak depa duk ajak orang ramai datang dengar ceramah bakal MB Johor itu. Kata mereka rugi tak dengar ceramah Salahuddin sebab dia akan menjadi MB Johor selepas PRU-13 nanti.

Tapi orang taman itu bagi pukulan kat pencacai Pas. Mereka kata mereka tak kenal pun siapa Salahuddin ni? Doktor kah? lawyer ke? Atau ahli muzik? Keh keh keh... Maklum selama ini Salahuddin yang mengaku orang Pontian, Johor tapi tak pernah balik ke negerinya. Sekarang je baru rajin datang Johor. Sebab apa? Sebab nak menang pilihan raya dan jadi MB.

Hehe... Rupanya Salahuddin dan puak-puak Pas duk berangan-angan Mat Jenin dan mimpi di siang hari. Macam mana dia nak jadi MB sedangkan pembangkang nak menang kat Johor pun belum tentu lagi. Kalau takat menang 2-3 kerusi DUN dah bermimpi nak rampas negeri dan letak Salahuddin jadi MB ibarat "hidung tak mancung gigi tersorong-sorong".

Johor dah terkenal sebagai kubu kuat UMNO dan di kaki istana Johorlah tertubuhnya UMNO. Hai... takkanlah orang Johor senang senang nak kasi negeri itu diperintah pembangkang. Apa dah hilang akal ke orang Johor ni nak kasi Johor kat DAP dan ber-MB-kan Salahuddin a.k.a Din Pudu Raya ni? Selisih malaikat 44.

Pesan aku kat puak-puak Pas Johor. Jangan duk pasang angan-angan tinggi melangit sedangkan pucuk nibung pun tak dapat dicapai. Kesian kat penyokong korang kat Johor sebab berikan harapan menggunung sedangkan busut depan rumah pun tak dapat ditakluk.

Minta maaflah Pas... Jangankan nak takluk negeri Johor, nak menang satu kerusi di Johor pun dah kira mujur! Ukurlah baju di badan sendiri dulu ya?

Share this

0 Comment to "Orang Johor tanya... Siapa Salahuddin Ayub?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.