29 June 2012

Awek cun ini ada affair dengan pak menteri ke? (Update!)

Siapa awek cun ni?
UPDATE:
Ada pendedahan siapa awek ini yang sebenar di bahagian bawah. Hee...


POS ASAL:
Hehe... Sudah pasti ramai jantan-jantan meleleh air liur dengan awek cun ini termasuk Mat Sabu dan Ostat Badrul Amin. Tapi sabar... sabar... Awek ni tak ada kaitan dengan apa-apa cerita dalam kain melainkan kisah dia pelempang puak-puak yang tolak PTPTN baik Bang Nuar, Bang Rafizi apa lagi bang bang yang lain hee... Baca selanjutnya kat sini!

Ok.. Itu kisah yang telah dicerita oleh blog-blog lain.

Yang aku nak ceritakan di sini ialah Hanis Zalikha merupakan salah seorang daripada 16,959 graduan yang TIDAK PERLU membayar balik pinjaman PTPTN-nya. Bukan sebab dia cun... atau sebab dia ada skandal dengan mana-mana pak menteri BN tapi sebab dia peroleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama di UiTM.

Hari ini PTPTN berkata, mereka sudah lupuskan pinjaman 16,959 graduan yang cemerlang dalam pelajaran, yang peroleh Kelas Pertama, termasuk Hanis Zalikha membabitkan RM475.046 juta. Mak aih...

Habis tu... Pinjaman PTPTN puak-puak yang berkhemah kat Dataran Merdeka hari tu macam mana? Tak boleh ke lupuskan sekali? Erk... Tak kan mereka tak capai Kelas Pertama kut? Mereka semua tu kan hebat-hebat? Berfikir mengatasi otak pemikiran Perdana Menteri. Takkan mereka kena bayar pinjaman PTPTN kut?

Ish.. ish... Baca berita Bernama di sini:
PTPTN lupus pinjaman RM475 juta kepada 16,959 graduan
TEMERLOH 29 Jun - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melupuskan pinjaman pendidikan sebanyak RM475.046 juta kepada 16,959 graduan yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama sehingga 31 Mei lepas.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata daripada jumlah itu, seramai 12,529 pelajar dikecualikan daripada membayar balik pinjaman bernilai RM359.26 juta apabila pinjaman mereka ditukarkan kepada biasiswa.


Katanya seramai 4,430 bekas pelajar tahun 2005, 2006 dan 2007 yang lulus cemerlang dengan mendapat Ijazah Sarjana kelas pertama turut menikmati pengecualian itu yang membabitkan peruntukan RM116.2 juta.
"Sebelum ini graduan cemerlang ini tidak mendapat pengecualian tersebut tetapi kerajaan baru-baru ini bersetuju untuk mengecualikan mereka daripada membayar balik pinjaman,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Wang Pendahaluan Pembiayaan (WPP) kepada 124 pelajar kawasan Parlimen Kuala Krau yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi awam tahun ini di sini, hari ini. - BERNAMA.COM

Hanis Zalikha bersama ibunya ketika menerima anugerah pelajar terbaik UiTM baru-baru ini. Mmm... orang kata kalau acuannya baik, hasilnya pun baik.... hehe

Siapa Hanis Zalikha?

Adooiii... Bila aku tulis pasal Hanis Zalikha, ramai pulak yang bertanya siapa sebenarnya awek ini? Oklah aku beritahu kepada sesiapa yang tak tahu.

Hanis Zalikha Zainal Rashid ialah bekas pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan UiTM Segamat. Beliau merupakan seorang blogger dan blognya (inibelogsaya.blogspot.com) cukup femes. Selain itu, dia juga merupakan seorang modelling sambilan ketika di UiTM dahulu. Mungkin hasil turunan darah ibunya yang khabarnya juga seorang modelling tahun-tahun 1980-an dahulu.

Sebelum ni pun aku tak kenal dia walaupun wajahnya selalu juga terpampang di majalah-majalah dan surat khabar. Tapi bila keluar berita dia merangkul Anugerah Naib Canselor dengan CGPA 3.9, aku pun nak tahulah siapa dia ni. Sibuk berblog, memperaga busana di atas pentas dan depan kamera tapi masih mampu cemerlang dalam pelajaran.

Inilah roll-model yang patut Pas bawa untuk tarik anak muda, bukannya macam Adam Adli yang CGPA pun aku ingat tak lebih 2.5 heheh... tapi bercakap degang-degang macam dia cukup terer mengalahkan profesor. Aku ingat Puteri UMNO patut grab awek ni cepat-cepat. Jadikan dia sebagai ikon anak muda. Tak gitu?


* Nota: Tajuk saja gempak! Tak ada kaitan dengan mana-mana pihak!

Share this

2 Responses to "Awek cun ini ada affair dengan pak menteri ke? (Update!)"

  1. MTB, ini memang artikel yang sangat menarik! He he he

    ReplyDelete
  2. gila hot awek ni wei ada lesung pipit lagi tuh... done follow here

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.