28 June 2012

Pas meroyan bila "dacing" menang p/raya Presiden Mesir

Wakakah... Sakit perut aku ketawa dengan gelagat puak-puak Pas ni. Apa tidaknya... Apabila Muhammad Morsi dari parti Ikhwan Muslimin memenangi pilihan raya presiden Mesir, puak-puak Pas dan PKR meloncat-loncat gembira. Apa sebab mereka seronok sangat aku pun tak pasti. Mungkin mereka duk fikir Ikhwan Muslimin tu kira sama tara dengan Pas-lah.

Itu pasal tanpa segan silu ada pemimpin Pas siap rakam ucapan tahniah kepada Morsi atas kemenangan beliau. Dan kemenangan Ikhwan Muslimin akan menjadi perangsang kepada kemenangan Pas di Malaysia! Cewah.... Tengoklah apa kata Tuan Ibrahim kat bawah ni 



Ok.... Yang buat aku nak gelak sebabnya rupa-rupanya parti Ikhwan Muslimin menggunakan DACING sebagai logo parti mereka, iaitu sama dengan logo yang diguna pakai oleh Barisan Nasional (BN) kat Malaysia. Jadi kalau Pas bangga sebab parti berteraskan perjuangan Islam menang di Mesir, BN pun boleh bangga sebab pada masa yang sama ia juga kemenangan buat DACING.

Tak caya? Tengoklah gambar kat bawah ni...

Poster Morsi.. Eh ada logo dacing laa...!!
Tapi sorrylah Pas... Ikhwan Muslimin menang di Mesir tanpa perlu bersekongkol dengan parti kafir harbi, tak perlu menghalalkan penggunaan kalimah Allah di gereja, tak perlu menjanjikan syurga kepada pengundinya, tak perlu nak pecat pemimpin sendiri yang menentang isu murtad, tak angkap pemimpin LGBT dan pluralisme sebagai pemimpin agung.

Jadi Pas jangan duk perasanlah sebagai "Ikhwan Muslimin" Malaysia...Macam langit dengan bumi!

Share this

0 Comment to "Pas meroyan bila "dacing" menang p/raya Presiden Mesir"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.