28 June 2012

Pengacara TV duk jaja cerita seks?

Zamzarina jual ubat seks la pulak...!!
Aku pun tak faham dengan pengacara TV yang satu ini. Kok ya pun nak promo ubat tenaga batin, ubat rapat, besarkan barang... tak payahlah nak bercerita perihal dalam kain, atas ranjang kat blog peribadi. Ish... Aku yang jantan pun naik segan bila seorang wanita femes duk bercerita perihal seks je. Dia ni gila seks ke apa?

Aku sebetulnya tak adalah kenal sangat pasal Zamzarina, si pengacara RTM yang femes menerusi program Apa Kata Wanita ni. Maklum aku bukan jenis layan RTM tu. Tapi bila seorang kawan hantar mesej supaya aku jenguk-jenguk blog peribadi minah ni (search-la sendiri kat Google!), ishhh... berderau darah aku dibuatnya.

Salah satu iklan ubat kuat Zamzarina
Mana tidaknya, sebahagian besar entri blog pengacara yang pernah disoksek ada affair dengan pegawai kanan di Kementerian Penerangan ini penuh dengan cerita-cerita dalam kain, dalam kelambu dan atas ranjang,. Perihal buah dada, kenikmatan malam pertama... ish apa ni?

Aku fahamlah kalau dia ni nak jual barang berkaitan khusus pasangan suami-isteri, tapi tak payahlah nak bubuh cerita-cerita berunsur seks dalam blog. Apa ingat dengan cerita-cerita berbau lucah macam tu boleh melariskan jualannya ke? Silap-silap ramai yang termuntah-muntah. Kalau testimonial sekali pun jangan direct free kick. Kenalah berlapik-lapik skit.

Sepatutnya Zamzarina sebagai selebriti kenalah jaga semua tu. Janganlah buat blog macam budak-budak remaja duk berimaginasi pasal seks jeh. Dah aku tengok blog Zamzarina dah macam blog "Melayu Boleh" dah pulak.

Ish... ish... ish... Malulah sikit. Anak-anak dah besar. Kalau anak-anak baca blog tu macam mana nak jawab gamaknya?


Share this

0 Comment to "Pengacara TV duk jaja cerita seks?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.