17 June 2012

Perihal plat WWW... (Update!)

Sultan Johor puas hati dapat miliki WWW 1 dan dilekatkan pada Proton Satria Neo miliknya. Sekali lagi Satria Neo okey... Bukan Brabus. Ferrari atau Rolls Royce!
Pepatah moden "kerana pulut santan binasa, kerana no plat badan binasa" ini elok dituju kepada Nizar sebab duk hentam Sultan Johor yang membida plat WWW 1 dengan nilai setengah juta sehingga membuatkan baginda murka. Nasib baik Nizar tak kena sumpah jadi katak puyu!

Bab membeli plat sampai berpuluh atau beratus ribu ni memang jadi hak sesiapa saja, baik ahli perniagaan, orang politik bahkan anak raja atau sultan. Apa masalahnya. Dah jadi hak rakyat Malaysia boleh memiliki nombor-nombor cantik untuk dilekat pada kenderaan mereka. Mereka ada duit belilah. Tak kira berapa harganya sekali pun...

Lagi pun duit hasil bidaan plak kenderaan akan masuk ke kantong JPJ yang akhirnya dimasukkan ke akaun Perbendaharaan Negara jugak. Duit itu pula (dicampur dengan lain-lain hasil mahsyur negara) akan digunakan untuk buat projek pembangunan untuk rakyat atau pun bayar gaji dan bonus kakitangan awam. Eh elaun Ahli Parlimen dan ADUN termasuk elaun Nizar pun duit dari Perbendaharaan Negara jugak tau. Dengan kata lain elaun wakil rakyat Nizar tu hasil duit rakyat jugak tau. Jadi, kalau dah makan duit rakyat janganlah makan elaun buta pulak.

Tapi orang Pas kata apa salahnya Nizar tegur Sultan Johor? Kata mereka sultan bukannya Tuhan yang tak boleh ditegur. Lagi pun teguran ke arah kebaikan. Okey bab ni aku setuju... Tapi cubalah korang tegur Nik Aziz. Aku percaya orang Pas akan melompat marahkan korang. Silap-silap korang pulak kena serang dik puak-puak mereka.

Begitulah bagi mereka. Sultan boleh ditegur sebab mereka tak takut sultan melainkan Allah, tapi pada masa yang sama mereka amat takut nak tegur Mursyidul Am mereka. Walaupun jelas-jelas Nik Aziz makin meraban dan melalut, mereka tetap pertahan apa sahaja yang keluar dari mulut Nik Aziz.

Balik bab plat kereta ni.Cuma aku tertanya-tanya, kalau WWW 1 dimiliki Sultan Johor, siapa pula yang membeli nombor WWW 2, WWW 3 atau WWW 8, WWW 88 dan lain-lain nombor cantik tu? Nizar tak mahu ambik tahu ke? Tak nak tanya berapa depa duk bayar nombor plat tu?

Hemm...

MTB: Siapa memiliki plat nombor BAB1?

Share this

0 Comment to "Perihal plat WWW... (Update!)"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.