19 June 2012

Shebby jadi pengarah kelab Blackburn Rovers

Bekas pengurus pasukan bola sepak MyTeam dan pengulas sukan Astro Sports, Shebby Singh dilantik sebagai pengarah bola sepak bagi kelab Blackburn Rovers mulai musim depan.

Menurut laporan akhbar Daily Mail UK, pelantikan Shebby, disahkan oleh pemilik kelab, Venky”s (India) Limited.

Laporan itu menyebut salah satu tugas Shebby kelak bertindak sebagai orang tengah antara pemilik kelab dan pengurus pasukan, Steven Kean.

Masa depan pengurus berusia 44 tahun itu masih tidak menentu selepas pasukan itu diturunkan dari Liga Perdana Inggeris (EPL) ke Divisyen Satu selepas menduduki tangga kedua terbawah Liga EPL musim lepas.

Ketika MyTeam ditubuhkan oleh Khairy Jamaluddin ketika bapa mertuanya masih menjadi PM, Shebby yang dianggap pengulas bola yang hanya pandai cakap, gagal membawa "pasukan impian" itu ke persada liga bola sepak negara.

Malahan MyTeam juga dianggap sebagai pasukan "mee segera" yang kemudian memasang cita-cita tinggi sehingga diberi peluang menentang skuad bola sepak kebangsaan pada 2006 yang menyaksikan MyTeam tewas 1-2.

MyTeam sempat beraksi semusim dalam Liga Perdana pada 2007 yang kemudiannya dibubarkan selari dengan pengunduran Pak Lah sebagai PM.

Share this

0 Comment to "Shebby jadi pengarah kelab Blackburn Rovers"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.