20 July 2012

Apa pelik artis masuk politik?

Tak pelik pun.

Ada puak Pas sakit hati bila Zed Zaidi, Awie, Adam AF join UMNO....!
Ramai dah artis dalam dunia yang menceburi bidang politik. Malah ada yang sampai jadi Presiden macam Ronald Reagen atau jadi Gabenor macam Arnold Swazerganer (memang susah nak eja!). Di India, pelakon veterannya Rekha pun masuk politik. Di Indonesia, ada artis yang bertanding dalam pilihan raya negara itu. TS Jins Shamsuddin salah seorang pengasas Kelab UMNO London dan pernah dilantik sebagai Senator.

Jadi apa peliknya?

Artis masuk politik memang tak pelik. Apa yang pelik ialah artis yang masuk Pas! Mereka memberi alasan masuk Pas untuk mendalami ilmu agama Islam, nak jadi orang lebih beriman selepas bergelumang dengan noda dan dosa sepanjang jadi artis.  Ibarat seorang kawan aku yang penyokong tegar Pas kata, "depa ni masuk Pas macam baru masuk Islam". Heee....

Yang pelik lagi, baru lepas serah borang keahlian atau dipanggil untuk memberi ceramah "motivasi" sekali dua kat pentas-pentas ceramah politik, mereka dah mula tunjukkan riak dan takabur, tuduh kawan-kawan artis lain tak Islamik, kotor, menjijikkan walaupun depa sendiri masih berstatus artis, jauh sekali nak bergelar ulama. Maklum perangai orang Pas ni, siapa yang pakai serban, jubah, bagi ceramah cepat-cepat depa label sebagai ustaz walaupun baca al-Fatihah pun belum sempurna.

Setakat ini empat artis disahkan sudah menyertai Pas - Bob Lokman, Aisyah, Abby Abadi dan terbaru Hairie Othman. Ada lagi beberapa artis yang dikatakan menyertai Pas macam Sham Kamikaze, Zahid AF, Akl Hayy dan Waheeda, Azmil Mustapa, Ringgo Arrow.

Setakat ini belum ada artis Melayu yang sertai DAP. Kalau ada pasti Lim Guan Eng dan Kapal Singh melompat keseronokan. Bukan sebab depa nak calonkan artis-artis Melayu ni PRU-13 nanti, tapi seronok tengok lebih ramai Melayu yang berjaya ditarbiah sehingga nak join parti cauvanis itu.  Hehe...

Opss...! Khabarnya ada artis yang dapat habuan RM20,000 setiap kali ceramah? Wow... Ini macam lebih baik jadi penceramah Pas daripada jadi artis yang asyik kena kencing dik promoter.

Share this

0 Comment to "Apa pelik artis masuk politik?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.