23 July 2012

Betul ke Abby kahwin YB Pas?

Khabarnya disela-sela orang kat Kelantan duk sibuk berbuka puasa atau tunggu masuk waktu untuk berterawih, heboh perihal Abby Abadi yang kini mengesahkan dirinya Ahli Pas Seumur Hidup sudah berkahwin dengan seorang ADUN Pas di negeri itu.

ADUN yang dimaksudkan itu bukan calang-calang orang melainkan bekas ketua dewan Pemuda Pas Kelantan dan juga seorang timbalan speaker. Orangnya masih muda dan wajahnya memang tipikal lelaki idaman Abby.

Maklum sejak Norman sambar anak dara Memey Suhaiza, Abby sebelum ini pernah dikatakan ada hubungan dengan lelaki lebih muda usianya. Kata banyak majalah hiburan, Abby nak "balas dendam" kat Norman... Kalau Norman boleh dapat perempuan muda macam Memey, dia pun boleh sambar lelaki muda dan kacak macam Zul.

Ehemm... Perihal Abby dan ADUN ini, kalau betul mereka sudah berkahwin... Wow! Pasti Norman akan naik jeles. Apa tidaknya, dia ambil generasi kedua peneroka (Memey), Abby sambar wakil rakyat...! Weihhh... Aku tak pasti sama ada Abby jadi isteri pertama atau kedua. Tapi yang pasti kalau Abby pilih ADUN ini, memang sesuailah sangat. Sama-sama cocok, bilang bibik aku! Heee...

Betul tak betul cerita ni, kita sama-sama tunggu kenyataan dari pihak Abby atau ADUN berkenaan. Maklum bulan puasa macam sekarang ni tak elok buat fitnah. Tapi kalau mereka berdua memang sudah berkahwin, apa salahnya. Abby pun sudah lepas edah... Tak gitu Abby?

Rakan blogger Panglima Perang ada cerita mengenainya...!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...